NasionalNegeri

“Orang Tengah” beri rasuah kepada anggota Maritim Malaysia direman

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis hari ini mendapat perintah reman bagi menahan seorang pengurus syarikat perikanan yang disyaki menjadi “orang tengah” kepada taukeh-taukeh bot untuk memberi rasuah kepada anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Langkawi.

Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali membenarkan lelaki berusia 37 tahun dari Kuala Perlis ini direman selama tiga hari sehingga esok.

Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Jurucakap SPRM Perlis memberitahu, serentak hari ini juga ditangkap dua lagi anggota Maritim Malaysia di Sandakan dan Kota Kinabalu, Sabah.

Katanya, ia melibatkan seorang berpangkat Lanskar Kanan Maritim t4 berusia 31 tahun dan Bintara Kanan, 40-an yang sebelum ini bertugas di Maritim Malaysia Langkawi.

Sehingga kini SPRM Perlis telah menahan 14 orang termasuk dua orang awam bagi membanteras kes rasuah yang membabitkan Martim Malaysia Kuala Perlis dan Langkawi. – SM

(Visited 224 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button