Nasional

USANITA bantu usahawan wanita luar bandar

Suntik semangat untuk hadapi impak pendemik Covid-19

USAHAWAN wanita di luar bandar mempunyai satu lagi saluran untuk pemulihan perniagaan mereka yang terkesan akibat pandemik Covid- 19 menerusi Program USANITA – Penjenamaan dan Pendigitalan Bersama KPLB yang dilancarkan hari ini.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, platform khas itu disediakan bagi membantu usahawan wanita luar bandar khususnya golongan B40 agar selari dengan arus perniagaan semasa yang berasaskan digital.

“Sebelum ini, dalam usaha memperkasakan usahawan di luar bandar, Kementerian telah memperkenalkan program DesaMall@KPLB bagi membantu golongan berkenaan memasarkan produk secara atas talian.

Datuk Seri Mahdzir Khalid

Inisiatif itu adalah strategi di bawah Teras 2 Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) iaitu Keusahawanan Pemacu Pembangunan Ekonomi menerusi pernyataan dasar Membangun Produk dan Memperluas Pasaran Termasuk Pemasaran Perniagaan Dalam Talian.”

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Perintis Usanita, Penjenamaan dan Pendigitalan Bersama KPLB di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri 1 KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamed, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun serta Pengarah Urusan V5, Datuk Mohd Syafiq Abdullah.

KPLB kata Mahdzir, mengambil serius perkembangan dan pembangunan usahawan luar bandar khususnya dalam aspek pemasaran produk mereka secara atas talian yang kini menjadi saluran yang sangat berkesan.

Usahawan di luar bandar tegas beliau, perlu mengambil peluang pemasaran secara digital itu dan tidak boleh ketinggalan dalam meluaskan pasaran produk mereka.

Penjenamaan dan pemasaran secara digital bukan sahaja boleh dimanfaatkan di dalam negara, malah melangkau pasaran seluruh dunia yang mampu dicapai menerusi platform atas talian.

“Penjenamaan itu amat penting untuk membina nilai percaya pembeli terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan, kadangkala orang membeli bukan kerana faktor jenama semata-mata, tetapi kerana mereka ingin mengguna dan memerlukan produk itu.

Jadi di sinilah pentingnya penjenamaan dan pendigitalan produk usahawan walaupun mereka berada di luar bandar tetapi jualan produknya boleh menembusi pasaran satu dunia.”

Tambah Mahdzir, dalam fasa pemulihan kesan pandemik Covid-19 ini, sudah tiba masanya usahawan luar bandar bangkit semula dengan memperkasakan penjenamaan dan pendigitalan produk keluaran mereka sekaligus memulihkan ekonomi dan pendapatan mereka.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Program USANITA – Penjenamaan dan Pendigitalan Bersama KPLB, boleh hubungi talian 03-41313041 atau layari laman sesawang www.usanita.com. – SM

 

(Visited 452 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button