Hiburan

Sinar Marhaban juara episod 1 Pentas Marhaban TV AlHijrah

KUMPULAN Sinar Marhaban telah berjaya menjadi juara pada episod pembukaan ‘Pentas Marhaban’ yang telah berlangsung malam tadi di Studio Penyiaran Digital TV AlHijrah, Kuala Lumpur.

Pantas Marhaban merupakan program realiti TV yang mengangkat kebudayaan seni suara dalam Islam seperti seni berjanzi, marhaban dan qasidah sebagai hiburan kekeluargaan di kaca televisyen.

Program realiti ini berkonsepkan kalah mati. 12 kumpulan dipecahkan kepada 2 kumpulan bagi setiap episod Pentas Marhaban iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Hanya dua kumpulan akan bertanding bagi setiap episod pada Sabtu, jam 9 malam bermula 18 November 2023, selama 8 minggu siaran

Kumpulan Sinar Marhaban menyampaikan persembahan pertama merangkumi marhaban dan qasidah pada minggu pertama Pentas Marhaban TV AlHijrah

Perkataan Marhaban berasal daripada perkatan Arab ‘ahlan wa sahlan’ yang membawa maksud ucapan ‘selamat datang’ mengalu-alukan kedatangan tetamu.

Marhaban adalah syair yang sering dipersembahkan pada majlis-majlis keramaian dan keraian seperti majlis perkahwinan, naik buaian/berendoi, cukur jambul bayi, majlis aqiqah, dan meraikan bulan Syawal dalam takwim Islam.

Antara syair yang paling popular adalah dari kitab ‘berzanji’ disamping kitab-kitab lain seperti Maulid AdDiba’I, Maulid Al-Habshee dan Qasidah burdah. Marhaban dialunkan sambal berdiri dengan penuh semangat sebagai tanda hormat kepada baginda Rasulullah S.A.W.

Kumpulan Nurul Akhyar menyampaikan persembahan pertama iaitu Qasidah dan marhaban pada minggu pertama Pentas Marhaban TV AlHijrah

Markah kumpulan tertinggi pada setiap minggu akan diadili oleh dua orang juri tetap iaitu Ustazah Asni Mansor dan Ustaz Zulhafis lebih dikenali sebagai Along Gambus juga bersama seorang Juri Jemputan. Juri Jemputan untuk Pentas Marhaban pada malam semalam adalah Mawi.

Antara yang menarik tentang program realiti TV ini adalah para pesertanya adalah yang paling muda berumur 9 tahun sehingga umur 80 tahun.

Kumpulan Sinar Marhaban telah berjaya mengalahkan kumpulan Nurul Akhyar selepas membuat satu persembahan bebas dan Rawi 2, manakala kumpulan Nurul Akhyar membuat satu persembahan bebas dan Rawi 3.

Juri tetap, Along Gambus (kanan) dan Ustazah Asni Mansor (kiri)meneliti setiap persembahan yang ditampilkan oleh para kumpulan yang bertanding pada program Pentas Marhaban TV AlHijrah

Juara setiap episod Pentas Marhaban akan membawa pulang wang tunai RM2,500 dan akan layak ke peringkat separuh akhir.

TV AlHijrah berkeyakinan bahawa Pentas Marhaban yang diterbitkan secara kreatif, bersifat malar segar, sesuai dengan selera dan penerimaan masyarakat mampu melahirkan masyarakat penonton yang berjiwa tauhid dalam kerangka dan batas syariat.

Program Pentas Marhaban ini dihoskan oleh Tilmiz Fahmi dan Syamsul Ghau Ghau serta Nurul Ain selaku penerbit rancangan.

Maklumat lanjut serta perkembangan terkini rancangan Pentas Marhaban boleh didapati di laman sesawang TV AlHijrah, laman media sosial TV AlHijrah, portal Alhijrahnews.com serta portal HBIT.my. – SM 

Mawi menyampaikan komen kepada peserta pada minggu pertama program Pentas Marhaban TV AlHijrah.

Artikel berkaitan > Program realiti ‘Pentas Marhaban’ bakal siar di TV AlHijrah

(Visited 176 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button