Politik

Zahid gelojoh, gadaikan masa hadapan negara dan rakyat

TIBA-TIBA sahaja Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memanggil ahli Majlis Tertinggi UMNO dan tujuannya amat jelas iaitu untuk memastikan apabila sokongan ditarik daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) kali ini ia akan tumbang.

Presiden UMNO yang sedang gilakan kuasa kerana janji yang diberi oleh gurunya Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan menjadikan dia Perdana Menteri, sanggup mengetepikan kepentingan rakyat yang sedang berdepan dengan situasi getir akibat pandemik Covid-19.

Sedangkan perhimpunan agung yang lalu telah memutuskan bahawa parti berkenaan akan tetap bersama-sama dengan kerajaan PN sehingga parlimen dibubarkan untuk mengadakan pilihan raya.

Perkara itu telah jelas bahawa pilihan raya kemungkinan besar akan diadakan pada awal tahun hadapan apabila negara ini telah keluar dari kemelut pandemik melalui pelan pemulihan negara yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tempoh hari.

Tiba-tiba sahaja Zahid Hamidi memanggil ahli MT UMNO. Bukan panggil suka-suka tapi dengan maksud menggunakan (atau lebih tepat lagi menyalahgunakan) kuasanya bagi menjadikan mereka pelapik tapak kaki untuk mencapai niat jahatnya.

Zahid memulakan gerakan dengan memanggil ahli MT yang dilantiknya dan bergantung nyawa kepadanya untuk kekal di dalam MT dan menjadi calon apabila pilihan raya diadakan kelak.

Pihak yang gelojoh ini tidak memperdulikan keputusan telah dibuat semasa perhimpunan agong UMNO.

Tindakan Zahid kini saling tidak tumpah kaedah yang sering digunakan oleh gurunya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jika orang tanya mengapa Zahid mahu menarik sokongan sebelum Parlimen bersidang pada 26 Julai ini, orang yang paling bodoh di dunia sekalipun dapat meneka jawapannya.

Mereka mahu menggagalkan sidang Parlimen dan pada masa yang sama dia dan gurunya bertungkus-lumus mengumpul tandatangan ahli parlimen bagi memberi sokongan terhadap mereka untuk menjatuhkan kerajaan hari ini.

Zahid tidak peduli tindakan beliau itu akan membawa malapetaka besar kepada pengurusan Covid-19 yang rata-rata memang dikendalikan oleh menteri UMNO.

Zahid juga tidak peduli bahawa tindakannya juga akan menyebabkan UMNO berpecah belah kerana sebelum ini perhimpunan agung memutuskan tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Anwar.

Lebih menyedihkan apabila beliau membiarkan dirinya dilacurkan oleh orang lain bagi membebaskan diri daripada tuduhan di mahkamah dan mencapai cita-cita politik.

Sedar tak sedar apa yang Zahid buat telah secara langsung merosakkan perpaduan Melayu dan Islam. Agenda peribadinya menyebabkan dia tergamak melihat Melayu dan Islam terus berpecah-belah. Malah dia tidak peduli pada masa depan UMNO yang kini umpama retak menanti belah. Retak yang berpunca kerja-kerja jahat yang dia sendiri menjadi dalangnya.

(Visited 290 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button