Hiburan

Asmidar kongsi pengalaman hadapi ribut ketika berniaga di Bazar Ramadan

HAMPIR setiap hari pada waktu petang, cuaca akan berubah kepada hujan dan perkara itu memberi kesan kepada peniaga.

Malah, beberapa hari sebelum ini juga memang banyak dugaan yang menimpa peniaga hinggakan khemah mereka ada yang patah dan terbang ditiup ribut.

Penyanyi, Asmidar turut berkongsi pengalaman cemasnya ketika sedang berniaga di Bazar Ramadan dan berhadapan dengan suasana hujan ribut.

“1 Ramadhan yang mencabar. Terus kuat semua peniaga kecil yang mencari rezeki.

“Kejadian berlaku d Bazar Ramadhan Wangsa Maju Section 1. Tiba-tiba angin kuat datang. Habis terbalik khemah peniaga,” katanya.

Menurut Asmidar, dia sekeluarga agak bernasib baik memandangkan ketika itu khemah mereka baru sahaja dipakukan di jalan raya untuk berada dalam keadaan kukuh.

“Hujan tiba-tiba turun lebat dan angin ribut yang kuat memukul khemah kami. Ada yang sempat memegang khemah, ada yang tidak. Kesian mereka.

“Ada yang belum sempat rasa rezeki Ramadhan, terbalik semua barang jualan mereka. Allah maha kuasa. Moga ada hikmahnya,” katanya. -SM

(Visited 338 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button