Nasional

Tolong cari ibu bapa kanak-kanak ini

SEORANG kanak-kanak berusia lingkungan 3 tahun ditemukan di kawasan loji di HLT 170, Taman Juara Jaya, Kajan, Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kanak-kanak itu ditemukan kira-kira pukul 9.40 pagi semalam.

“Ketika ditemukan, kanak-kanak itu lengkap berpakaian t-shirt warna merah, berseluar putih, tidak memakai selipar dan dalam keadaan terbaring dalam kawasan loji tersebut.

“Tiada sebarang butiran maklumat kanak-kanak lelaki berkenaan diperolehi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kanak-kanak itu telah dihantar ke Hospital Kajang dan masih ditempatkan di bahagian kecemasan untuk rawatan lanjut.

Ujarnya, usaha untuk mengesan ibu bapa kanak-kanak ini sedang giat dijalankan.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Mohd Faeez bin Norzah di talian 013-2773407 atau mana-mana Balai Polis berdekatan. -SM

(Visited 249 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button