Nasionalpilihan

Polis berkas dua warga Rohingya disyaki rogol pelajar sekolah tingkatan 3

Polis menahan dua lelaki warga Rohingya berusia 14 dan 27 tahun yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) disyaki merogol secara bergilir-gilir seorang pelajar sekolah tingkatan tiga pada14 September lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, penahanan kedua-dua suspek itu dibuat selepas abang mangsa membuat laporan di Balai Polis Batang Tiga pada 15 September lalu berhubung kejadian yang menimpa adiknya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan pakar perubatan Hospital Melaka mendapati terdapat kesan koyakan baharu pada kemaluan mangsa.

Beliau berkata, kejadian berpunca apabila mangsa mengenali seorang suspek berusia 14 tahun menerusi aplikasi WhatsApp pada hari kejadian.

“Walaupun baru mengenali suspek, mangsa telah keluar bersiar-siar menaiki motosikal di sekitar pantai Klebang kira-kira pukul 4.00 petang kejadian itu.

“Suspek remaja kemudiannya membawa mangsa kepada rakannya berusia 27 tahun seorang peniaga dan menaiki kereta Proton Preve.

“Mangsa kemudiannya dirogol bergilir-gilir di dalam sebuah kereta di kawasan pantai Klebang sejurus selepas bersiar-siar,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Zainol berkata, selepas merogol mangsa, pelajar itu kemudiannya ditinggalkan di taman permainan di Batu Berendam antara pukul 2.00 hingga 3.00 pagi.

Katanya, abang mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Batang Tiga pada 15 September lalu setelah adiknya tidak pulang ke rumah.

Jelasnya, kedua-dua suspek berjaya ditahan pada hari sama dan berjaya mendapatkan perintah tahanan reman selama tujuh hari sehingga 21 September ini.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun sehingga 20 tahun dan dikenakan sebat jika sabit kesalahan. – SM

BACA Nak langsaikan hutang abang ipar biarkan adik ipar dirogol bergilir-gilir

BACA 3 lelaki termasuk dua beradik didakwa rogol adik ipar rakan

(Visited 50 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button