Politik

Tok Mat tegas, ikhlas, jelas

TIGA kualiti itu ketara ketika Datuk Seri Mohamad Hassan menyampaikan ucapan semasa merasmikan ketiga-tiga sayap UMNO selaku Timbalan Presiden UMNO, pada perhimpunan agung hari ini.

Itulah Tok Mat, panggilan yang lebih mesra. Seorang yang ikhlas dalam perjuangan, tegas dalam bertindak dan jelas dalam tutur kata serta wawasannya.

Tok Mat jelas dan tegas UMNO tidak akan ‘Melukut di tepi gantang’ menagih dan mengemis simpati dari pihak lain untuk kembali berkuasa.

UMNO akan menang pada pilihan raya akan datang di atas kekuatan diri sendiri dan bukan atas tipu muslihat perpaduan umah yang telah dicabul dan dirogol haiwan politik.

Tok Mat tegas bahawa semua pengkhianat perlu dihumban jauh-jauh dan tidak harus diterima kembali ke dalam UMNO buat selama-lamanya.

Tok Mat tegas kerusi UMNO adalah milik UMNO tidak ada tolak ansur, biasa sedikit tetapi dimenangi atas kekuatan sendiri.

UMNO tidak ada pilihan perlu menang pada pilihan raya umum ke-15 kerana ia adalah ibu kepada segala pertempuran dan jika tewas kali ini, parti itu akan berkubur dan sukar untuk kembali pulih.

Justeru UMNO tidak mempunyai plan B, kerana parti itu tidak mempunyai pilihan lain.

Tok Mat juga mengingatkan semua ahli UMNO, parti itu adalah parti paling kuat dan tonggak orang Melayu dan negara.

Kata Tok Mat, UMNO besar seperti gajah, jadi janganlah bergerak seperti pelanduk yang masuk hutan ranting pun tidak patah.

“Kita besar seperti gajah, kalau masuk hutan biar pokok pun tumbang,” katanya.

Telah terbukti dua kerajaan selepas Barisan Nasional (BN) iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) gagal berfungsi kerana mereka cuba meminggirkan UMNO yang merupakan parti tonggak orang Melayu.

Kata Tok Mat, UMNO yang memerdekakan negara ini, jadi adalah tidak mustahil untuk parti itu bangkit semula pada pilihan raya akan datang, walaupun sukar untuk bangkit daripada kekalahan.

Tok Mat juga memberi gambaran yang jelas hala tuju UMNO dan menetapkan garis panduan iaitu semua tindakan yang diambil harus terangkum dan tidak meminggirkan serta menafikan kesaksamaan semua kaum di negara ini.

UMNO juga sentiasa terbuka kepada sebarang bentuk kerjasama dengan semua pihak termasuk parti politik, badan bukan kerajaan dan sebagainya selagi mereka tidak menentang Islam dan orang Melayu.

UMNO tidak akan bersekongkol dengan kerajaan yang berdiri di atas majoriti palsu dan permainan kotor di dalam mendapatkan sokongan.

Bagaimanapun apa yang mahu dilakukan adalah rahsia dan tidak harus dihebahkan kepada umum.

Apa sahaja yang dilakukan harus menguntungkan UMNO. Berniaga harus untung, kalau rugi, itu bangang, kata Tok Mat.

Bahasa yang digunakan oleh Tok Mat tidak berbunga-bunga, tetapi jelas dan ikhlas lagi tegas.

 

 

(Visited 377 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button