Politik

Pas minta BN terus istiqamah pertahan PN, Muhyiddin

PARTI Pas meminta agar UMNO terus istiqamah mempertahankan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin sebagai Perdana Menteri.

Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan turut meminta rakannya dalam Muafakat Nasional itu terus mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional.

“PAS menyeru seluruh rakan-rakan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk terus istiqamah mempertahankan kepimpinan YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Perikatan Nasional yang dibina bersama di atas keruntuhan Pakatan Harapan.

“Marilah kita seluruh rakyat Malaysia berdoa serta memohon perlindungan berterusan daripada Tuhan supaya dihapuskan wabak COVID-19 dengan segera dan negara kita kembali selamat, aman dan bersatu-padu,” kata Takiyuddin dalam satu kenyataan.

Manurut Takiyuddin, Pas akan terus mempertahankan kepimpinan Muhyiddin.

Semua ahli Parlimen Pas seramai 18 orang akan terus bersama dengan Kerajaan Perikatan Nasional demi kepentingan rakyat.

“PAS juga menzahirkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin.

“Sekaligus mempertegaskan sokongan kesemua 18 Ahli Parlimen PAS bersama Kerajaan Perikatan Nasional yang prihatin serta bertindak memastikan keselamatan, kehidupan ekonomi serta ketenteraman negara dan rakyat terjamin,” kata Takiyuddin.

Menurut Takiyuddin, Pas turut menjunjung kasih terhadap Yang di-Pertuan Agong atas kebersamaan Baginda dengan Kerajaan dalam usaha gigih menguruskan dan menanganipenularan pandemik COVID-19 yang menjejaskan kehidupan rakyat jelata.

UMNO malam tadi telah muktamad dengan keputusannya sebelum ini iaitu untuk terus mendokong Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin sekaligus menolak kerjasama dengan PKR dan DAP.

Perkara itu diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang dpengerusikan Presidennya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang telah bermesyuarat selama empat jam malam tadi.

“Majlis Tertinggi UMNO mengekalkan keputusan terdahulu tanpa kerjasama PKR dan DAP.

“Ahli-ahli Parlimen UMNO akan terus mendokong Kerajaan Perikatan Nasional. UMNO menggesa ditambah baik prinsip kerjasama yang harus berpaksikan nilai penghormatan dan political consesus,” kata Ahmad Zahid.

Selan itu UMNO akan memastikan Muafakat Nasional iaitu kerjasama parti itu dengan Pas akan terus diperkasakan seperti yang telah ditetapkan dalam Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini.-SM

 

(Visited 93 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button