Nasional

Agong terima kunjungan sulung PM Thailand ke Malaysia

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menghadap Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin di Istana Negara.

Srettha, yang tiba pada 12.50 tengah hari, meluangkan masa kira-kira 30 minit bertemu Agong.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Duta Besar Malaysia di Thailand Datuk Jojie Samuel.

Srettha kini dalam rangka lawatan sulungnya ke negara ini selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 5 September lalu.

Beliau juga dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini di mana kedua-dua pemimpin dijangka mengkaji semula kemajuan hubungan dua hala.

Kedua-dua pemimpin juga dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama. -SM

Baca : Kerajaan tiada rancangan tamatkan monopoli Bernas

 

(Visited 31 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button