Nasionalpilihan

Toh Puan Zurina selamat bersemadi di Makam Pahlawan

Jenazah Allahyarhamah Toh Puan Zurina Kassim selamat dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini kira-kira pukul 10.00 malam tadi.

Upacara pengebumian dijalankan selesai solat jenazah yang diimamkan Mufti negeri, Datuk Abdul Halim Tawil.

Solat jenazah turut disertai bekas Yang Dipertua Negeri Melaka Keenam, Tun Mohd. Khalil Yaakob yang juga suami kepada Allahyarhamah.

Turut sama Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam, Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali, ketua jabatan dan orang ramai yang menunggu sejak pukul 4.00 petang.

Mohd Khalil Yaakob (dua dari kiri), Sulaiman Md. Ali, Mohd. Ali Mohd. Rustam dan Asmah Ab. Rahman.

Terdahulu jenazah tiba di Masjid Saidina Ali, Bukit Katil dari Kuala Lumpur kira-kira pukul 6.15 petang untuk dimandikan serta dikapankan sebelum dibawa ke Dewan Seri Negeri bagi penghormatan terakhir.


Hampir sejam rakyat diberi peluang untuk menziarah Allahyarhamah dan selepas itu jenazah dibawa ke Masjid Al-Azim serta tiba kira-kira pukul 8.30 malam untuk solat jenazah dihadiri 1,000 orang.

Suasana pilu dan hiba menyelubungi ahli keluarga Toh Puan Zurina Kassim termasuk pemimpin kanan negeri sewaktu upacara pengebumian sedang berjalan.

Hadir pada majlis pengebumian itu, isteri Mohd. Ali, Toh Puan Asmah Ab. Rahman dan isteri Ketua Menteri, Datin Seri Munira M.Yusop.

Turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarhamah selain Khalil ialah anak Allahyarhamah Datuk Mahmud Mohd Khalil.

Allahyarhamah dikebumikan berhampiran pusara Yang Dipertua Negeri Melaka Kelima, Tun Syed Ahmad Sahabuddin dan Ketua Menteri Melaka kelapan Datuk Seri Abu Zahar Ithnin.

Toh Puan Zurina, 78, kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 10.10 pagi tadi dikediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. – SM

(Visited 181 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button