Politik

Muafakat Nasional: Bukan nama saya jika tidak padam segala kebodohan ini – Nik Abduh

Ahli Parlimen Pas Nik Abduh Nik Aziz berikrar untuk mempertahankan Muafakat Nasional.

“Bukan diri saya namanya jika tidak bersedia memadamkan segala kebodohan ini..,” katanya.

Ahli Parlimen Bachok itu berkata, perjanjian yang dibuat dalam Himpunan Perpaduan Ummah (HPU) sehingga membentuk Muafakat Nasional (MN) adalah sebaik-baik perjanjian politik yang dimeterai sejak puluhan tahun lalu.

Perjanjian tersebut menurutnya diberkati Allah ‘dengan serta merta’ dengan kurniaan hujanan air mata rakyat di seluruh negara.

Malah katanya, perjanjian itu juga telah menyatukan dua kumpulan besar umat Islam yang bertelagah sejak puluhan tahun iaitu UMNO dan Pas.

Perjanjian itu juga, menurut Nik Abduh telah meruntuhkan segala kemarahan dan dendam sebaliknya terbina di atasnya rahmat dan kasih sayang sesama umat.

“Jika PAS boleh bertahan dengan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) selama lebih 7 tahun demi bersama menentang ketidakadilan kerajaan BN masa itu, maka tidak malukah kita pada Allah, jika tidak mahu malu pada diri sendiri dan pada rakyat, dengan membiarkan api kepanasan terus mara dan marak sesama pemimpin yang pasti boleh menyebabkan MN runtuh dalam tempoh yang singkat?

“Gembirakah kita untuk kembali menukarkan air mata kasih sayang dan kegembiraan kepada kebencian, dendam dan berburuk sangka sesama umat?

“Wahai orang-orang yang beriman, sempurnakan segala perjanjian kamu.” – al Quran,” katanya.-SM

(Visited 591 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button