Politik

Majlis Belia Johor buat laporan polis ke atas Kadir Jasin

Majlis Belia Negeri Johor hari ini membuat laporan polis ke atas Datuk A.Kadir Jasin berikutan satu posting dalam Facebook Tokoh Wartawan itu yang didakwa menghina dan menghasut terhadap Majlis Raja-Raja, Institusi Istana dan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Benut, Pontian kira-kira pukul 4.42 petang, Majlis Belia Johor mendakwa, artikel Kadir dalam Facebooknya yang mempersoalkan mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu dan kenyataan beliau menimbulkan hasutan pada masyarakat.

Oleh itu mereka mendesak supaya siasatan dijalankan ke atas bekas Penasihat Media Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad itu.

Sementara itu Presidennya Md.Salleheen Mohamad berkata, ini bukan kali pertama Kadir mengeluarkan kenyataan seumpama itu, sebaliknya sebelum ini beberapa laporan sudah dibuat ke atasnya.

Berikut kenyataan penuh Md.Salleheen;

Kes ini perlu disiasat di bawah Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

A. Kadir Jasin mesti dikenakan tindakan atas kesalahan hasutan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan.

Ia menegaskan mana-mana orang yang melakukan atau cuba melakukan, atau membuat apa-apa persediaan untuk melakukan, atau berkomplot dengan mana-mana orang untuk melakukan apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut atau jika dilakukan, akan mempunyai kecenderungan menghasut, melakukan suatu kesalahan.

Md.Salleheen Mohamad

Penangkapan terhadap A. Kadir Jasin boleh dibuat mengikut Seksyen 11 kerana perkataan ‘menghasut’ di bawah Seksyen 2 (tafsiran), diguna pakai berkenaan apa-apa perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau selain yang boleh menjadikan perkara ini (iaitu perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau selainnya) mempunyai kecenderungan menghasut.

Di bawah seksyen yang sama juga, perkataan ‘by electronic means’ atau dengan cara elektronik dimasukkan secara spesifik di bawah seksyen tafsiran pada 2015.

(1) perkara yang mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja;

(2) bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia.

Sehubungan itu, Majlis Belia Negeri Johor memandang serius perkara ini dan meminta pihak berkuasa mengheret pemilik akaun A. Kasir Jasin dengan segera ke muka pengadilan.

Majoriti rakyat negara ini menjunjung tinggi dan setia bersama Raja-Raja Melayu serta Perlembagaan Negara, justeru membiarkan individu seperti ini tanpa tindakan tuntas akan memberi isyarat yang salah terhadap pihak berkuasa di negara ini.

(Visited 1,566 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button