Ekonomi

Hutang langsung negara akan benar-benar capai RM1 trilion pada 2023

AHLI Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi gambaran bahawa hutang langsung negara akan benar-benar capai RM1 trilion menjelang Pilihan Raya Umum 15 iaitu pada tahun 2023.

Katanya, ini berdasarkan kepada trend defisit yang diamalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekarang.

Malah kata Najib, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sendiri tidak dapat menjawab soalan yang ditanya di Parlimen mengenai hutang negara.

“Saya tanya soalan di Dewan Rakyat. Mula-mula, Menteri Kewayangan cuba sindir saya.

“Lepas itu, dia terperangkap.Soalan saya mudah. Berapakah andaian hutang langsung negara pada tahun 2023?

“Dia pusing-pusing satu dunia tapi soalan tetap tak dijawab. Kerana dia tahu saya sudah mengira berdasarkan trend deficit kerajaan PH sekarang, ” kata Najib dalam hantaran di Facebooknya.

Kata Najib, berdasarkan trend yang diamalkan kerajaan PH sekarang, hutang RM1 trilion itu mungkin dicapai lebih awal dari 2023.

“Oleh itu, dia (Guan Eng) cuba sekali lagi kaburkan isu hutang dengan angka liabiliti dan PPP ciptaan mereka.

“Dia kata syarikat penarafan antarabangsa pun tak terkejut dengean hutang “sebenar” besar yang dia “dedahkan” dan masih kekalkan penarafan Malaysia,” kata Najib.

Padahal, menurut Najib, syarikat penarafan tidak tengok angka-angka ciptaan Guan Eng apabila mengira hutang sebenar negara.

“Dah lama saya jelaskan tentang liabiliti dan PPP ini dan bagaimana PH gunakan angka-angka untuk mengkaburi mata dan mengelirukan Rakyat.

“Akhirnya, dia tak jawab. Kerana malu nak sebut bahawa hutang negara akan benar-benar capai visi PH untuk RM1 trilion pada akhir penggal PH,” kata Najib. – SM

(Visited 86 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button