Nasional

TMJ kemuka 3 cadangan penambahbaikan elak kes sama berulang

TUNKU MAHKOTA JOHOR, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah mengemukakan tiga cadangan penambahbaikan bagi memastikan kes membabitkan remaja perempuan Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella tidak berulang.

Cadangan itu dikemukakan dalam pertemuan melibatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun; Wakil UNICEF ke Malaysia, Amanda Bissex; dan Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Khairin-Nisa Ismail, di Royal Johor Polo Club, di Johor, hari ini.

Katanya, antara cadangan itu ialah agar pindaan perundangan membabitkan Akta Kanak-Kanak disegerakan.

Gambar/ FB HRH Crown Prince of Johor

“Penambahbaikan undang-undang semasa, seperti Akta Kanak-Kanak 2001 perlu dilakukan segera. Ia harus merangkumi aspek pendaftaran pusat jagaan kanak-kanak, akreditasi, penilaian, pembiayaan dan pemantauan, untuk memastikan semua pengendali beroperasi secara sah dengan cara pelaksanaan khidmat awam,” katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Selasa.

Selain itu, Tunku Ismail turut menggesa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk melakukan audit terhadap kesemua pusat jagaan kanak-kanak yang diluluskan serta menutup segera pusat jagaan yang tidak berdaftar dengan JKM.

“JKM perlu segera menutup mana-mana pusat jagaan kanak-kanak yang tidak berdaftar dengan JKM atau beroperasi secara haram bermula di Johor serta-merta. Tindakan undang-undang juga harus diambil terhadap pengusaha atau pemilik mana-mana pertubuhan yang dijalankan secara haram,” katanya.

Baca artikel ini > Bersabarlah peguamku sayang yang wakili Siti Bainun, TMJ sudah masuk line!

Dalam pada itu, katanya kerajaan juga perlu menjalankan kajian segera berhubung syarat pusat jagaan kanak-kanak yang hanya memperoleh tauliah dan garis panduan daripada UNICEF dan institusi-institusi bebas lain.

“Kajian segera juga perlu dibuat mengenai syarat pusat jagaan kanak-kanak bermula di Johor ditauliahkan bersama-sama dengan garis panduan daripada UNICEF dan institusi-institusi bebas lain.

“Hasil kajian tersebut akan didedahkan kepada umum. Saya akan memastikan cadangan penambahbaikan ini diambil serius dan dilaksanakan dengan segera,” menurut kenyataan itu lagi. – SM

Baca artikel ini > “Itulah Peguam Yang Nak Saman Saya Dulu Sebanyak RM900K” – Nabila Huda

Perkongsian di akaun Facebook rasmi milik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebentar tadi.

 

 

(Visited 482 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button