fbpx
Ekonomi

TM catat untung bersih RM261.3 juta pada suku ketiga

TELEKOM Malaysia Bhd mencatat keuntungan bersih RM261.3 juta bagi suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2019 daripada kerugian bersih RM175.59 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun lepas.

Perolehan berkurangan kepada RM2.85 bilion daripada RM2.94 bilion sebelum ini, menurut kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Ini ekoran perolehan yang lebih rendah itu adalah disebabkan perolehan yang menyusut daripada kesemua produk talian kecuali data perkhidmatan berkaitan bukan telekomunikasi .

Menurut TM, kerugian rosot nilai yang lebih rendah bagi aset rangkaian berbanding tempoh yang sama tahun lepas menyebabkan keuntungan operasi meningkat sebelum kos pembiayaan sebanyak 867.7 peratus (RM1.065 bilion) kepada RM1.18 bilion berbanding RM122.8 juta pada 2018.

“Keupayaan kumpulan untuk mengekalkan pengurangan kos operasi yang berterusan menyumbang kepada prestasi yang lebih baik,” demikian menurut makluman kepada Bursa Malaysia itu.

Sehubungan itu, keuntungan selepas cukai kumpulan dan kepentingan minoriti (PATAMI) menokok sebanyak 718.9 peratus (RM600.3 juta) kepada RM683.8 juta daripada RM83.5 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Mengenai unjuran, ia berkata inisiatif penambahbaikan dan pengurusan kos yang berkesan bagi kumpulan itu akan terus meningkatkan keberuntungannya.

“Tumpuan kami masih tertumpu kepada pelanggan dan memperkukuh prestasi syarikat menerusi pelaburan demi meningkatkan pengalaman mereka di kesemua segmen bagi meningkatkan perolehan,” katanya. – BERNAMA

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button