Politik

Titah Agong didik kerajaan bermesyuarah sebelum ambil tindakan

TINDAKAN Majlis Raja-Raja menolak cadangan Kerajaan untuk melaksanakan darurat semalam mendidik ahli politik untuk bermesyuarah sebelum mengambil sebarang langkah besar.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, apa juga keputusan besar yang dihendak dilakukan oleh kerajaan memerlukan penglibatan secara konsesus semua pihak.

“Ibrah episod ini jelas mendidik kita bahawa dalam melaksanakan sebarang langkah besar yang hendak dilakukan oleh kerajaan memerlukan proses musyawarah dan penglibatan secara konsensus semua pihak.

“Justeru, sewajarnya dimulakan satu inisatif rekonsilasi nasional yang merangkumi agenda politik, ekonomi, sosial dan keselamatan,” kata Ahmad Zahid dalam sati kenyataan.

Ahmad Zahid sekali lagi mengajak ahli politik untuk melakukan gencatan politik selepas Yang di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah meminta mereka berhenti untuk terus berpolitik.

Serentak itu beliau berharap seluruh kepimpinan parti memberi tumpuan dalam memangani penularan pandemik Covid-19 demi kesejahteraan rakyat.

“UMNO menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan dan Raja-Raja Melayu atas kebijaksanaan dan kearifan baginda-baginda tuanku dalam mendepani kemelut politik negara.

“Sejajar dengan titah dan harapan Tuanku serta selaras dengan hasrat UMNO yang mengajak kepada gencatan politik, saya berharap seluruh kepimpinan parti politik merapatkan saf di seluruh perongkat dan seterusnya memberi tumpuan untuk sama-sama menangani penularan pandemik Covid-19 demi kesejahteraan rakyat,” kata Ahmad Zahid.

Jelas beliau, rakyat perlu menjadi keutamaan dan usaha bersungguh-sungguh hendaklah dijelmakan dalam mencari keseimbangan antara mengurus wabak Covid-19 dan kehidupan rakyat.

Semalam Majlis Raja-Raja mengadakan Mesyuarat Khas membincangkan cadangan daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin antaranya termasuk mengisytiharkan darurat bagi menangani Covid-19.

Permohonan tersebut ialah pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi ancaman wabak Covid-19 di negara ini.

Raja-Raja Melayu yang bersidang membuat keputusan untuk tidak memberi perkenan bagi pengisytiharan darurat.

Dalam satu kenyataan Al-Sultan Abdullah bertitah, tiada keperluan untuk melaksanakannya di negara ini atau mana-mana bahagian negara ketika ini.

Majlis Raja-Raja berpendapat kerajaan pimpinan Muhyiddin telah berjaya menangani wabak Covid-19 dengan baik dan berkesan.

Seri Paduka Baginda amat mempercayai keupayaan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak Covid-19 itu dari terus merebak.

Majlis Raja-Raja turut mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politiking yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.-SM

 

 

(Visited 154 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button