Politik

Titah Agong: Bersatu dakwa 2 ahli politik veteran cuba cipta krisis

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menunjung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menasihati semua rakyat khususnya ahli politik untuk bermuhasabah agar negara tidak sekali lagi diheret ke kancah politik yang tidak menentu.

Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan mendakwa, dua ahli politik venteran cuba mencipta krisis baharu ketika Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin sibuk melaksanakan tugas menjaga kebajikan dan nasib rakyat.

Menurutnya, terdapat juga ahli politik veteran yang menjadi opurtunis dengan mengambil peluang ketika ini untuk membawa undi tidak percaya kepada Muhyiddin.

“Saya faham ada ahli politik tertentu yang memang mahu merebut kuasa politik. Tetapi sekarang bukan waktu untuk berkelakuan sebegitu dan saya yakin tindakan mereka bertentangan dengan apa yang dikehendaki oleh majoriti rakyat negara ini.

“Sepatutnya kita memerangi Covid-19 dengan wewujudkan kesatuan politik rentas parti bukan mencipta perpecahan untuk faedah peribadi,” kata Wan Saiful.

Menurutnya, Muhyiddin telah menunjukkan contoh yang terbaik dengan memberi fokus menjaga nasib rakyat dan memastikan negara dapat dibina dengan penuh integriti dan komitment.

Justeru fokus ahli-ahli politik juga sepatutnya adalah kebajikan rakyat dan bukannya berebut jawatan atau sengaja merosakkan kestabilan dari ekonomi negara.

Wan Saiful bagaimanapun tidak menamakan siapakan dua ahli politik veteran yang cuba mencipta krisis baharu itu.

Bagaimanapun ketika ini beberapa ahli politik veretan telah mengambil langkah masing-masing dalam mencabar kedudukan Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Antaranya Ahli Parlimen Port Dickson yang juga Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menghadap Al-Sultan Abdullah untuk mempersembahkan angka sokongan majoriti ahli Parlimen yang diperolehinya.

Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr. Mahathir Mohamad pula hari ini mengemukan surat Usul Tidak Percaya terhadap Muhyiddin kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk dibahaskan pada sesi Parlimen akan datang.

Seorang lagi ahli politik veteran, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mendedahkan surat beliau kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat mempersoalkan tindakannya tidak memberi laluan Usul Tidak Percaya kepada Muhyiddin untuk dibahaskan pada sesi Parlimen yang lalu.

Al-Sultan Abdullah hari ini memberi ingatan kepada rakyat dan ahli politik untuk mengheret negara ke kancah politik kerana negara masih lagi berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang sukar akibat ancaman pandemik Covid-19.

Al-Sultan Abdullah juga mengulangi titah nasihat kepada ahli-ahli Parlimen supaya mempamerkan kematangan dalam berpolitik dan memahami serta menjiwai keluh-kesah rakyat dan tidak mengabaikan kesejahteraan rakyat.

eri Paduka turut menegaskan bahawa ahli-ahli politik seharusnya tidak mengakhiri perbezaan pendapat dengan permusuhan.

Sebaliknya, titah Seri Paduka mereka perlu menyelesaikan permasalahan melalui perundingan dan proses perundangan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.-SM

(Visited 203 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button