Politik

Titah adendum: Tidak perlu salahkan PM, hormati prosiding mahkamah

SEMUA pihak diminta menghormati prosiding mahkamah dan tunggu hingga selesai kes rayuan sebelum membincangkan perintah adendum berhubung penahanan dalam rumah Datuk Seri Najib tun Razak.

Sehubungan itu Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, Roland Engan berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh dipersalahkan kerana enggan menjawab soalan berkaitan kewujudan perintah itu di Parlimen.

Ronald berkata, jawapan anwar di Dewan Rakyat semalam perlu dihormati kerana Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan mengenai titah adendum itu pada Januari 2025.

“Semua pihak patut menghormati perjalanan prosiding mengenai isu perintah adendum berkenaan isu pengampunan Datuk Seri Najib.

“Penjelasan PM di Parlimen semalam sudah cukup jelas. Sebarang ulasan mengenainya adalah subjudis dan mendahului perkenan Yang DiPertuan Agong,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, beliau menolak pihak yang mengatakan anwar cuba berselindung di sebalik Yang di-Pertuan Agong untuk sengaja mengelak menjawab isu titah terbabit.
“Oleh itu, sebarang desakan dan tuduhan melulu bahawa PM berselindung di sebalik Yang DiPertuan Agong tidak patut timbul di peringkat ini,” kata Roland yang juga seorang peguam.
Semalam, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya mengkritik Perdana Menteri berhubung keputusannya untuk tidak menjawab mengenai kewujudan titah adendum diraja di Dewan Rakyat.
Katanya, Anwar tidak seharusnya menyorok dibekalang Yang di-Pertuan Agong berkenaan kesahihan titah tersebut.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button