Nasionalpilihan

Elaun RM600 buat petugas kesihatan, subsidi vaksin buat golongan rentan

Kerajaan bersetuju untuk menyelaras kadar pembayaran elaun khas kepada 14,000 petugas barisan hadapan kesihatan yang terlibat dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, elaun sebelum ini adalah RM200 diselaraskan kepada RM600.

“Tempoh bayaran adalah selama enam bulan bermula Julai. Kedua-dua inisiatif ini melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta.

“Peruntukan ini merupakan pengiktirafan berterusan kepada jasa dan sumbangan barisan hadapan
kesihatan kita yang masih terus berjuang demi bangsa negara yang tercinta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi hari ini.

Sebelum ini, Muhyiddin mengumumkan kenaikan bayaran sagu hati daripada RM50 kepada RM100 sehari bagi sukarelawan kesihatan yang bertugas melebihi 12 jam sehari bermula Jun 2021.

Selain itu, bayaran sagu hati ini turut diperluas kepada mereka yang bertugas di lapangan selain PPV seperti di pusat kuarantin.

“Saya juga telah meminta agar PPV beroperasi tujuh hari seminggu bagi mempercepat pemberian vaksin kepada rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, gagi memastikan golongan rentan tidak terkecuali daripada mendapatkan suntikan vaksin, beberapa program di peringkat komuniti juga akan disegerakan.

Jelasnya, pendaftaran untuk vaksinasi serta pemberian subsidi sehingga RM30 atas kos tambang teksi dan e-hailing untuk golongan OKU dan warga emas bagi memudahkan pergerakan mendapatkan vaksin pada hari temu janji mereka. -SM

(Visited 415 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button