Nasional

Pesawah gembira pengumuman kenaikan subsidi padi

ALOR SETAR – Rata-rata pesawah bersetuju dengan kadar kenaikan subsidi harga padi yang diumumkan kerajaan dan mengganggap ia berita baik yang sudah dinanti sejak sekian lama.

Seorang pesawah, Abdul Rashid Yob, 44 berkata kenaikan terbabit kerap kali disuarakan oleh pesawah sebelum ini melalui memorandum, dialog dan lain-lain.

“Akhirnya setelah sekian lama, kerajaan umumkan berita gembira ini walaupun ada yang beranggapan ini adalah gula-gula Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Tetapi apa yang pasti kenaikan ini tidak pula didorong utk menaikan potongan padi dimana kenaikan yang lalu potongan juga turut dinaikan kepada 20 peratus,” katanya lapor SINAR HARIAN

Ahli Jemaah Pengarah Peladang Muda Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Besar, Aswadil Khairi Che Omar berkata, pesawah mengucapkan ribuan terima kasih dengan keprihatinan kerajaan melalui pengumuman terbabit.

“Bagaimanapun, kami sebagai pesawah memohon pemantauan harga kawalan seperti upah jentera, harga racun, baja, dan potongan padi.

“Kita risau selepas pengumuman ini, semua kos lain juga akan naik terutamanya harga potongan padi mungkin boleh mencapai sehingga 23 peratus.

“Jadi kita harap kerajaan dapat kawal perkara ini, jika tidak pesawah tetap menanggung beban yang sama seperti sekarang,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras PPK MADA,Ishak Taib, berkata, petani sangat menantikan berita kenaikan subsidi padi berkenaan dan semoga ia mampu meringankan beban petani.

“Saya juga ucapkan terima kasih atas tambahan peruntukan untuk infra cuci perparitan dan jalan ladang serta kenaikan peruntukan bagi program tanaman padi lima kali dua tahun,” katanya.

(Visited 219 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button