NasionalNegeri

Tingkatkan perubahan minda demi melahirkan masyarakat madani – Raja Muda Perlis

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menzahirkan seruan kepada seluruh masyarakat agar berusaha meningkatkan perubahan minda demi melahirkan masyarakat madani seperti slogan yang dibawa oleh kerajaan Pusat ketika ini.

Titah Baginda, bagi merealisasikan impian ke arah mencapai masyarakat bertamadun tinggi, perubahan hendaklah bermula daripada segenap minda yang mampu membawa kepada segala aspek perubahan tindakan dalam kehidupan.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyempurnakan Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan Ketiga bagi tahun 2023 anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Al-Hasyimi Kampung Long Boh dekat Arau, baru-baru ini.

Keberangkatan tiba Raja Muda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Takmir Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Ameer Ikhwan Zaini.

Sempena program tersebut Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan bantuan agihan zakat MAIPs kepada 20 warga asnaf di kariah masjid berkenaan.

Selain itu Baginda juga berkenan menyaksikan penyerahan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh Cement Industries of Malaysia (CIMA) Berhad yang diwakili Pengerusinya, Datuk Zaiviji Ismail dan Pengarah Urusannya, Sharuddin Omar Hashim.

Pada kesempatan yang sama, Tuanku Syed Faizuddin juga berkenaan menerima sembah mengadap perpisahan Ameer Ikhwan Zaini yang akan mula bertugas sebagai Pegawai Atache di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Mesir tidak lama lagi.

Terdahulu daripada itu Raja Muda berkenan menziarah Halijah Che Long, 90, di kediaman yang terletak di Kariah Che Ok, Simpang Empat. – SM

(Visited 298 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button