Nasional

BPR Fasa 3 kepada 3.6 juta penerima diberi mulai Selasa ini

PEMBAYARAN Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 dan rayuan BPR akan diberi mulai Selasa ini.

Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaun penerima secara berperingkat dan dijangka selesai pada 30 September.

Menurut Ismail Sabri, pembayaran tersebut akan memanfaatkan seramai 3.6 juta penerima sedia ada
kategori isi rumah dan pemohon rayuan BPR yang telah diluluskan.

“Bayaran Fasa 3 dan rayuan BPR ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM2.82 bilion,” jelas Ismail Sabri dalam satu kenyataan hari ini.

Setiap penerima BPR bakal memperoleh sehingga RM1,400. Manakala penerima bayaran rayuan BPR akan menerima sehingga RM2,300 termasuk bayaran BPR tambahan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa +) bernilai sehingga RM500.

Pemberian bagi setiap penerima mengikut kategori kelayakan masing-masing iaitu berdasarkan status perkahwinan, jumlah pendapatan isi rumah dan bilangan anak.

“Pembayaran fasa 3 ini adalah penyaluran penuh baki nilai yang sepatutnya diterima penerima BPR dan rayuan BPR untuk meringankan beban mereka.

“Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutamanya kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik COVID-19 sentiasa terbela,” kata Perdana Menteri.

Rakyat Malaysia turut menerima beberapa bantuan tunai seperti Bantuan Khas COVID-19 (BKC) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) akan diberikan kepada penerima yang layak.

Pembayaran bantuan itu dijadual akan disalurkan pada Oktober hingga Disember 2021.

Penerangan lanjut berhubung pembayaran BPR Fasa 3 ini akan diperincikan oleh Kementerian Kewangan.

Keluarga Malaysia boleh merujuk kepada soalan lazim (FAQ) di portal rasmi BPR iaitu https://bpr.hasil.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.-SM

(Visited 164 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button