Politik

LTTE: Nasib baik calon DUN Gadek dibebaskan sebelum PH tumbang – Kit Siang

PEMIMPIN kanan DAP Lim Kit Siang menyifatkan calon DAP di Dewan Undangan Negeri Gadek bernasib baik dibebaskan daripada tahanan sebelum Kerajaan Pakatan Harapan ditumbangkan.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu mendakwa, G Saminathan mungkin akan didakwa ata tuduhan yang dibuat-buat berkaitan kumpulan gerila Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) yang wujud di Sri Langka.

“Saya melawat kawasan Dewan Undangan Negeri Gadek pagi semalam di mana G Saminathan — yang sebelum ini difitnah sebagai seorang pengganas Tamil Tiger dan ditahan secara salah sebelum dibebaskan hanya beberapa hari sebelum konspirasi Langkah Sheraton pada bulan Februari 2020 — diamanahkan untuk bertanding.

“Nasib baik Saminathan dibebaskan hanya sebelum kerajaan Pakatan Harapan ditumbangkan selepas 22 bulan diundi secara sah melalui Langkah Sheraton, jika tidak, beliau dan mereka yang lain yang ditahan bersama di atas tuduhan dibuat-buat berkaitan dengan Tamil Tigers mungkin akan ditahan untuk masa yang lama,” kata dalam hantaran di media sosial.

G Saminathan yang merupakan penyandang kerusi DUN Gadek dilepaskan dan dibebaskan oleh empat Mahkamah Tinggi berasingan di Kuala Lumpur daripada pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas itu pada 25 Februari 2020 iaitu beberapa hari sebelum Pakatan Harapan tumbang.

Saminatahn dan tujuh yang lain dibebaskan selepas dimaklumkan pendakwaan Peguam Negara mengeluarkan arahan tidak meneruskan prosiding terhadap semua tertuduh mengikut Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah.

Saminathan ditahan oleh Polis Anti Pengganas dari Bukit Aman sejak 10 Oktober 2019 kerana didapati terlibat dengan kumpulan pengganas LTTE. Beliau akan mempertahankan kerusi DUN Gadek pada Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan berlangsung pada 20 November ini.

Saminathan akan menghadapi lima pesaing lain iaitu Mohd Amir Fitri Muharam(PN-Bersatu), P. Shanmugam(BN-MIC), Azafen Amin(Bebas), Laila Norinda Maon(Putra) dan Mohan Singh(Bebas).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Saminathan memenangi kerusi tersebut dengan majoriti tipis iaitu 307 undi.-SM

 

(Visited 466 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button