Politik

Tinggalkan PN: Tak sudah-sudah nak burukkan pemimpin UMNO

TIMBALAN Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan menafikan laporan sebuah blog kononnya beliau ada mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO akan meninggalkan Perikatan Nasional.

Mohamad berkata, tuduhan blog tersebut kononnya dia dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu keluar PN kerana tidak diberikan sebarang jawatan adalah berniat jahat.

Blog tersebut dalam berita bertajuk ‘UMNO isytihar tinggalkan PN’ mendakwa, kononnya Mohamad mengeluarkan kenyataan itu dalam mesyuarat yang dihadiri Ahli Majlis Tertinggi UMNO semalam.

“Semalam tak ada mesyuarat MT pun, saya dan keluarga ada di kampung Rantau.

“Ini semua fitnah yang tak sudah-sudah nak memburukkan pemimpin UMNO,” ujar Mohamad menerusi status yang dimuatnaik di facebook beliau.

Dalam laporannya, blog tersebut menyatakan Mohamad berasa lega apabila semua pimpinan tertinggi UMNO bersetuju membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.

“Datuk Zahid Hamidi dan saya selaku presiden dan timbalan presiden Parti tidak diberikan jawatan kabinet pun dalam kerajaan. Ini satu keputusan yang tidak dapat diterima dan seolah olah menghina akar umbi UMNO”

“Kita tengok lah. Sampai mana PPBM ni dapat pergi. Selama ini mereka hanya memperkuda UMNO untuk mendapat kuasa Perdana Menteri”. tulis blog berkenaan.

Blog tersebut turut menyatakan, kononnya Mohamad berkata, parti Bersatu akan kekal menjadi pesaing UMNO.-SM

(Visited 391 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button