Nasional

Reformasi untuk kurangkan dominasi orang Melayu tidak akan dipertimbangkan – PM

Kerajaan tidak akan mempertimbangkan cadangan supaya reformasi dilakukan untuk mengurangkan dominasi orang Melayu dalam sektor perkhidmatan awam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kerajaan tidak menganggap dominasi kaum Melayu dalam sektor itu sebagai satu masalah pada masa ini.

“Perkara ini kita tidak buka saluran untuk kita pertimbangkan kerana keadaan sekarang saya tidak fikir itu satu masalah,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dan Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II Dr P. Ramasamy menerusi hantaran dalam Facebook meminta kerajaan melaksanakan reformasi dalam sektor perkhidmatan awam kerana menurutnya ia kini didominasi orang Melayu dan mahu Anwar segera menangani isu berkenaan serta memastikan perkhidmatan awam mencerminkan komposisi etnik negara ini.

Menurut Anwar, cadangan itu hanyalah pandangan peribadi Ramasamy dan tidak mewakili pendirian DAP atau kerajaan.

“Kita jangan melarang orang bercakap, memberi pandangan. Boleh (beri pandangan), tetapi ia tidak mempengaruhi keputusan DAP dan tidak mempengaruhi keputusan kerajaan,” katanya.

(Visited 174 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button