Nasional

Peluang kecil tewaskan Covid-19, Dr. Noor Hisham ingatkan jangan mengalah

MALAYSIA mempunyai peluang yang amat tipis untuk meratakan semula lengkung Covid-19 selepas kenaikan mendadak wabak itu kebelakangan ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menyatakan, ramai petugas barisan hadapan dan belakang yang akan merasa letih dan kecewa dengan percambahan kluster baharu Covid-19.

Letih dan kecewa kerana mereka telah berperang dengan virus itu selama 10 bulan dan bekerja selama 24 jam sehari.

“Banyak yang akan merasa letih atau kecewa dengan setiap kluster baru yang muncul. Lagipun, kita hanya manusia. Kami mempunyai peluang kecil untuk meratakan lengkungan lagi.

“Marilah kita bersatu dalam perang melawan transmisi Covid-19 berskala besar ini,” seru Dr. Noor Hisham.

Untuk meningkatkan moral petugas kesihatan dan barisan hadapan yang mungkin terkesan dengan peningkatan kes, Dr. Noor Hisham mengingatkan agar mereka tidak mengalah.

Sebagai benteng pertahanan terakhir negara daripada ‘serangan’ Covid-19, semua petugas kesihatan yang menjadi pelindung kepada rakyat harus terus kuat dan bersemangat.

“Kepada semua pekerja barisan hadapan kami, ingatlah bahawa kami adalah pelindung kesihatan rakyat dan keselamatan negara kami; kita adalah barisan pertahanan terakhir. Kita mesti terus semangat dan terus kuat.

“Kesihatan menyatukan kita semua melawan satu musuh bersama, Covid-19. Insya-Allah,” kata Dr, Noor Hisham

Tambahnya, Kementerian Kesihatan dan petugas barisan hadapan tidak akan mampu untuk menghalang kemaraan virus Covid-19 selagi tidak mendapat sokongan daripada rakyat.

Negara tidak akan memenangi peperangan melawan Covid-19 yang berpanjangan tanpa kerjasama padu daripada masyarakat.

“Yang kami minta, adalah untuk orang ramai untuk ‘tinggal di rumah’ dan jika itu tidak mungkin, sila patuhi SOP sederhana, elakkan 3C dan amalkan 3W’,” pesan beliau.

Elakkan 3C adalah amalan untuk menjauhi kawasan yang sesak (crowded place), elakkan kawasan yang sempit (confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (close conversation).

Sementara konsep 3W merangkumi kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn).

Malaysia kini mencatatkan kes aktif Covid-19 sebanyak 3,351 kes. Semalam dua hari berturut-turut iaitu kelmarin dan semalam, negara mencatatkan kes melebih 400 jangkitan.-SM

(Visited 219 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button