NasionalpilihanPolitik

PN BEST rangkumi 12 tunjang utama, 30 pendekatan dan 234 tawaran untuk rakyat!

Tawaran ini yang bertemakan “Prihatin, Bersih dan Stabil: Malaysia Gemilang” atau PN BEST merangkumi 12 tunjang utama, 30 pendekatan dan 234 tawaran.

Ujar Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, perkara tersebut digubal dengan mengambil kira pandangan dan sentimen rakyat dalam perkara-perkara yang dianggap penting oleh mereka.

“Di peringkat awal penggubalan tawaran ini, saya telah memberi mandat kepada Jawatankuasa Tawaran supaya terlebih dahulu meneliti apakah keperluan-keperluan utama rakyat yang mesti diberikan perhatian oleh kerajaan yang bakal dibentuk selepas Pilihan Raya Umum nanti.

“Melalui kajian-kajian yang saya sendiri teliti, keperluan utama rakyat adalah tidak lain dan tidak bukan menyentuh tentang isu “bread and butter”, iaitu isu-isu ekonomi rakyat seperti kos sara hidup, pekerjaan, pendapatan, masalah inflasi, kenaikan harga barang dan lain-lain yang berkaitan,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Tawaran PN BEST di Glenmarie Hotel & Golf Resort, Shah Alam.

Dalam masa sama, Muhyiddin beranggapan tawaran PN BEST merupakan perkara pokok yang mesti diberikan perhatian utama oleh PN apabila mendapat mandat rakyat dalam Pilihanraya Umum Ke-15.

Mengenai isu kos sara hidup dan kenaikan harga barang, baru-baru ini Muhyiddin diberitahu bukan sahaja harga ayam mahal, tetapi bekalan ayam dan telur pun tak mencukupi.

“Ayam dan telur ini merupakan sumber protein utama rakyat Malaysia. Kalau mereka tak mampu beli ayam, maka ini akan menjejaskan keperluan rakyat yang paling asas iaitu makanan.

“Jadi apa yang Kerajaan Perikatan Nasional akan buat jika diberi mandat oleh rakyat? Jika diizinkan Allah, Mesyuarat Kabinet pertama Kerajaan Perikatan Nasional akan membincangkan cara-cara untuk menangani masalah kos sara hidup rakyat yang kian meningkat disebabkan oleh masalah inflasi dan kenaikan harga barang,” katanya.

Ujar Muhyiddin, kenaikan harga barang tersebut disebabkan oleh beberapa faktor termasuk gangguan bekalan dan kos bahan import yang tinggi.

“Jika bekalan tak mencukupi atau kos import meningkat, maka harga akan naik. Jadi, untuk mengatasi isu kenaikan harga barang, kerajaan mesti melihat isu gangguan bekalan dan kos import dengan lebih serius.

“Terutama sekali dalam keadaan nilai ringgit yang jatuh menjunam berbanding matawang utama dunia yang lain, terumanya dollar Amerika Syarikat,” ujarnya.

(Visited 313 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button