Ekonomi

Bank Rakyat dekati masyarakat menerusi ‘Perfect BRew Coffee Roadshow’, tingkat kesedaran kewangan

BANK RAKYAT mengambil pendekatan lebih santai menerusi penganjuran program ‘Perfect BRew Coffee Roadshow’ yang bakal diadakan di 13 lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang bermula 17 hingga 31 Julai 2023.

Orang ramai boleh mengunjungi ‘roadshow’ ini dari jam 8.30 hingga 10.30 pagi atau 2.30 hingga 4.30 petang di Stesen LRT Bank Rakyat Bangsar, Menara UOA Bangsar, Menara 1 Sentrum, Megan Avenue, Menara Kenanga International, Menara Amcorp, Plaza VADS, Menara Takaful Malaysia, Menara MARA, Menara Annexe, Balai Berita NSTP, Sri Pentas Bandar Utama dan ASTRO Bukit Jalil.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dr. Mohammad Hanis Osman berkata, program ini bertujuan bagi meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan pemahaman orang ramai mengenai ilmu pengurusan kewangan serta produk dan kemudahan perbankan sedia ada yang ditawarkan oleh Bank berkenaan bagi memenuhi keperluan kewangan mereka.

“Kami percaya bahawa masyarakat yang mampu membuat keputusan kewangan yang lebih bijak dan bertanggungjawab serta mempunyai kebolehan untuk mengurus kewangan mereka termasuklah dalam urusan simpanan wang, pelaburan dan pengurusan hutang.

“Inisiatif ini yang mana sejajar dengan konsep Malaysia Madani khususnya dalam menjamin kesejahteraan insan juga mampu menjadikan masyarakat lebih berwaspada supaya tidak menjadi mangsa penipuan kewangan kelak,” ujar Dr. Mohammad Hanis.

Bukan sekadar nikmat, kenali 7 perisa kopi ini agar tidak tersalah sebut!

Selain dapat menikmati kopi bru dan mufin secara percuma di setiap lokasi, orang ramai juga berpeluang mendapatkan nasihat kewangan mengenai produk dan kemudahan perbankan Bank Rakyat yang sesuai bagi memenuhi keperluan serta aliran tunai mereka seperti Pembiayaan Peribadi-i bagi sektor awam dan swasta yang menawarkan amaun pembiayaan sehingga RM400,000 dengan kadar pembiayaan kompetitif di pasaran.

Selain itu, Bank Rakyat turut menawarkan pakej kos kemasukan sifar dengan margin pembiayaan sehingga 110 peratus bagi pembeli rumah pertama menerusi Pembiayaan Perumahan-i; juga tawaran khas untuk pembelian kenderaan elektrik melalui Pembiayaan Kenderaan-i dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM100,000; serta tawaran menarik Kad Kredit-i Bank Rakyat seperti kemudahan pelan ansuran sifar peratus untuk pembelian barangan RM1,000 ke atas, tiada yuran pemprosesan dan banyak lagi.

Di samping itu, orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat mengenai instrumen pengurusan kewangan yang tepat daripada penasihat kewangan bagi memperbaiki kedudukan kewangan mereka seperti kemudahan penyatuan hutang menerusi Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang dengan tawaran kadar keuntungan yang rendah bagi menyelesaikan hutang sedia ada dengan lebih cepat dan mudah.

Bagi meningkatkan daya tahan kewangan ketika berhadapan dengan situasi yang tidak dijangka, Bank Rakyat menggalakkan orang ramai memanfaatkan produk pelaburannya iaitu Akaun Pelaburan-i Rizq Plus yang membolehkan mereka melabur dalam aktiviti kewangan patuh syariah dengan pelaburan minimum serendah RM100, di samping berpeluang memenangi tawaran hadiah keseluruhan berjumlah RM1 juta dan cabutan istimewa hadiah setengah tahun berjumlah RM100,000.

Pelanggan yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk Bank boleh mengunjungi ‘Perfect BRew Coffee Roadshow’ atau melayari laman web rasmi Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my atau menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1300 80 5454 atau mengunjungi cawangan yang berhampiran serta ikuti media sosial rasmi @mybankrakyat. – SM 

Artikel berkaitan > Bank Rakyat perkenal iSecure di aplikasi perbankan mudah alih iRakyat

(Visited 293 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button