Nasional

Mahasiswa Pengurusan Seni berjaya anjur Pameran Seni Antarabangsa Moricle

PAMERAN Seni Antrabangsa Moricle (Moricle International Art Exhibition) yang berlangsung dari 1 Jun sehingga hari ini di Galeri Seni, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memberi peluang kepada masyarakat memahami bidang pengajian Pendidikan Seni Visual yang ditawarkan oleh universiti pendidikan tersohor itu.

Mahasiswa kursus Pengurusan Seni dan Majlis Mahasiswa Kolej Za’ba yang membantu menjayakan pameran.

Pameran yang digerakkan oleh seramai 98 mahasiswa itu melibatkan seramai 74 mahasiswa subjek Pengurusan Seni, Jabatan Seni Dan Reka Bentuk , UPSI di bawah bimbingan Dr Norzuraina Mohd Nor dan Siti Salwa Jamaldin yang menjadi tulang belakang dalam menjayakan pameran berprestij itu.
Selebihnya didokongi oleh pengurusan mantap ahli Majlis Mahasiswa Kolej Za’ba yang dibimbing oleh Affandie Mohammed.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff menyifatkan bidang pengurusan seni sangat membantu mahasiswa dalam menjayakan sesuatu program yang bukan sahaja bertaraf universiti atau nasional, malah antarabangsa.

“Saya mengucapkan tahniah kepada semua mahasiswa dan penasihat yang berjaya menganjurkan pameran antarabangsa dan ini membuktikan keupayaan mahasiswa yang menjadi kebanggaan UPSI,” katanya.

Poster Pameran Seni Antrabangsa Moricle
(Gambar ihsan UPSI)

Dr Norzuraina berkata, Moricle International Art Exhibition (MIAE22) merupakan program pameran yang melibatkan penyertaan antarabangsa pelukis dan pengarca dari pelbagai negara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei dan Iran.

“Program ini diilhamkan untuk melestarikan seni dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai golongan terutamanya dalam warga Pendidikan yang terdiri daripada mahasiswa, pensyarah, guru-guru dan warga pendidikan yang lain,” katanya.

Beliau berkata pameran dilaksanakan dengan kerjasama Katarsis Seni Bersama Inspired Production, Fakulti Seni Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK), Kolej Zaaba dan Institut Peradaban Melayu (IPM) UPSI.

“Walaupun Majlis Mahasiswa Kolej Zaaba bukanlah mahasiswa yang berlatar belakangkan seni, malah dari latar belakang kursus yang berbeza seperti kursus pendidikan Bahasa Melayu, Matematik, Kesusteraan Melayu, Pendidikan Awal Kanak-kanak, Pendidikan Moral serta dari kursus bukan pendidikan seperti Pengiklanan, Perbankan Islam, serta Pengurusan Bank.

Beliau berkata pengurusan seni bukan satu bidang yang patut dipandang enteng oleh semua pihak kerana bidang pengurusan seni merupakan satu bidang yang mampu melonjakkan seni ke puncak yang lebih tinggi.

“Pengurusan yang sistematik pada masa depan mampu melestarikan seni, malah UPSI sebagai universiti pendidikan yang melahirkan bakal guru-guru seni di Malaysia menyahut cabaran ini dengan menyediakan satu platform kepada pelajar sekolah untuk menyambung pengajian Pendidikan Seni Visual di UPSI ” katanya.

Justeru, beliau menjemput masyarakat khasnya ibu bapa membawa anak-anak untuk menyaksikan pameran berkenaan sebelum berakhir pada hari ini.
Sementara itu Dekan FSKIK, Prof Madya Dr Muhammad Zaffwan Idris berkata penganjuran ini memperlihatkan semangat kalangan mahasiswa dalam menimba ilmu dalam bidang pengurusan seni amat tinggi kerana kemenjadian mahasiswa boleh merentasi sesuatu bidang walaupun bukan dari bidang pengurusan seni.

Dekan FSKIK, Prof Madya Dr Muhammad Zaffwan Idris bersama penggerak Pameran Seni Antrabangsa Moricle yang akan berakhir 30 Jun depan.

“Anak muda generasi ini yang menentukan masa hadapan negara perlu dilengkapi dengan pelbagai ilmu yang menyumbang kepada pembangunan negara kelak.

Oleh itu, katanya, penglibatan mahasiswa dalam apa-apa bidang serba sedikit memberikan mereka nilai tambah untuk menjadi seorang insan yang akan memberikan sumbangan yang besar kepada negara.

“Saya yakin penganjuran program berimpak tinggi ini akan membina jiwa dan karakter kepimpinan mahasiswa pada masa depan kerana dari sinilah bermulanya sikap kepimpinan untuk membangun menjadi insan berkaliber suatu masa nanti.

Bagi mahasiswa, Klorinah Santi Henry, pengalaman menjayakan pameran bertaraf antarabangsa itu sangat bermakna untuk memantapkan pengetahuan dalam pengeurusan seni. – SM

(Visited 320 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button