EkonomiNasional

Tindakan ke atas kontraktor ambil pekerja binaan tidak berdaftar, dokumen palsu

PERINGATAN untuk para majikan yang terlibat dalam industri pembinaan. Mereka diingatkan mengambil atau mengupah pekerja berdaftar dan mempunyai dokumen yang sah.

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengingatkan majikan supaya mengambil pekerja berdaftar atau mempunyai dokumen yang sah bagi mengelak dikenakan tindakan.

Dalam satu kenyataan hari ini, CIDB menegaskan, majikan yang didapati mengambil pekerja yang tidak berdaftar atau menggunakan dokumen palsu boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Majikan juga berhadapan dengan kesan ke atas pendaftaran kontraktor terbabit yang melakukan kesalahan dengan digantung atau dibatalkan lesen mereka.

“Majikan perlu peka dan berwaspada dengan status pekerja binaan yang tidak berdaftar dan tidak diperakui tahap kompetensi mereka untuk melakukan kerja-kerja pembinaan kerana ia boleh mendatangkan bahaya,” katanya.

Kenyataan itu merujuk kepada laporan mengenai sindiket pemalsuan dokumen imigresen, iKad dan Kad CIDB palsu baru-baru ini.

Menurut CIDB lagi, pengesahan maklumat pekerja boleh dilakukan dengan cepat dan mudah menerusi Direktori Personel Binaan di laman web Sistem Pengurusan Maklumat Setempat CIDB (CIMS), cims.cidb.gov.my.

“Mengikut Akta 520, semua pekerja binaan mesti berdaftar dengan CIDB bagi menjalankan kerja-kerja di tapak bina. Individu yang didapati menjalankan kerja-kerja pembinaan tanpa pendaftaran yang sah boleh didenda tidak melebihi RM5,000,” katanya.

Kontraktor juga berhadapan dengan tindakan tegas jika terlibat dengan pemalsuan dokumen dan sengaja mengambil pekerja binaan yang memiliki kad palsu. – SM

(Visited 415 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button