Politik

Tindakan ADUN Meru tidak ada kaitan kepercayaan Amanah terhadap Anwar

TINDAKAN Ahli Dewan Undangan Negeri Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar keluar dari Amanah tidak ada kaitan dengan kepercayaan parti itu terhadap kepimpinan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr. Yusof Rawa berkata, cakap-cakap kononnya Amanah mengambil arus berbeza menyokong kepimpinan Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah tindakan berniat jahat memburukkan imej Amanah.

Mujahid berkata, pihak yang ‘menyerang’ peribadi Presiden Amanah Mohamad Sabu sebagai penyebab perpecahan dalam Amanah juga disifatkan sebagai berniat jahat.

“Jangan kaitkan sama sekali tindakan individu seperti ADUN Meru atau sesiapa sahaja dari ahli Amanah sebagai respons kepada ‘kekecewaan sikap parti Amanah terhadap DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“ADUN Meru tidak wajar membayangkan demikian walau sekelumit pun kerana hakikatnya tindakan YB tersebut adalah atas pilihan dan masalahnya tersendiri dan tidak ada kena mengena dengan fitnah keretakan kepercayaan Aamanh terhadap kepimpinan DSAI,” kata Mujahid dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Amanah akan tetap konsisten dengan pendirian setia bersama rakan-rakan seperjuangan dan mengharapkan kesetiaan tersebut tidak disia-siakan dengan mengambil ringan soal individu dalam Amanah yang ada kepentingan diri bertukar rumah rakan sesuka hati.

Jelas Mujahid, setiap ahli yang secara sukarela memilih untuk bersama Amanah perlu memahami bahawa parti itu berpegang kepada kesetiaan perjanjian dengan rakan-rakan komponen Perikatan Harapan.

Amanah menurut beliau, sejak dari awal berpendirian Anwar merupakan pengganti terhadap kepimpinan yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir.

“Apabila Tun M meletakkan jawatan tanpa konsultasi Majlis Presiden PH, Amanah kekal berpendirian bersama PH dengan menyokong teguh kepimpinan DSAI sebagai Pengerusi PH.

“Semua keputusan dalam Majlis Presiden PH dibuat secara kolektif termasuk menyokong usaha-usaha PH untuk mengembalikan mandat rakyat pasca pembelotan Langkah Sheraton.

“Tidak timbul soal Amanah membuat langkah dan tindakan terkeluar daripada premis keputusan di Majlis Presiden,” jelas Mujahid.

Amanah kehilangan satu kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor kepada PKR selepas seorang wakil rakyatnya, Mohd Fakhrulrazi bertindak meninggalkan parti itu dan menjadi ahli PKR yang merupakan rakan dalam Pakatan Harapan.-SM

 

 

(Visited 222 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button