Nasionalpilihan

Tiada kes keracunan akibat kupang dilaporkan berlaku di Melaka

Tiada kes keracunan makanan berkaitan memakan kupang seperti yang berlaku di Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini dilaporkan berlaku di Melaka.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan
Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, setakat ini Jabatan Kesihatan negeri tidak menerima sebarang laporan berlaku keracunan makanan akibat memakan kupang daripada mana-mana klinik swasta atau kerajaan di negeri ini.

Menurutnya, walaupun sampel pertama kupang dan air yang diambil dari ternakan di Sebatu pada 3 April lalu menunjukkan kehadiran alga spesies Alexandrium yang berbahaya kepada kesihatan manusia.

“Memang benar kupang di negeri ini mempunyai bacaan biotoksin yang tidak dibenarkan dan ada alga pada sampel pertama yang telah dianalisi.

“Tetapi setakat ini tiada kes keracunan makanan berkaitan kupang
dilaporkan berlaku hasil dapatan daripada Jabatan Kesihatan negeri.

“Kes ini tidak dilaporkan, mungkin kerana mereka yang mengalami
keracunan makanan tidak datang ke klinik untuk mendapat rawatan,”
ujarnya kepada pemberita selepas melancarkan Program Semarak Syawal Agro Madani peringkat negeri di Pasar Tani Merlimau, di sini hari ini.

Muhamad Akmal berkata, pemantauan akan terus dilakukan terutama
mengambil sampel kedua kupang dan air untuk dianalisi di makmal
Biosekuriti Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).

Menurutnya, beliau dimaklumkan jika ujian sampel kedua didapati kupang itu masih mempunyai alga spesies Alexandrium, ujian sampel ketiga akan dilakukan sebelum DOF menarik balik larangan kupang disahkan selamat untuk dimakan di negeri ini.

“Tempoh 20 hari diperlukan oleh DOF sebelum menarik balik larangan
memakan dwi cenkerang serta kupang untuk disahkan selamat untuk dimakan di Melaka,” ujarnya.

Beliau berkata, larangan untuk menjual dan memakan kupang oleh DOF bermula 5 April lalu sehingga satu tarikh baru ditetapkan sebelum menarik balik larangan tersebut.

Sehubungan itu katanya, Projek Ternakan Kupang di Sebatu yang bermula sejak 2018 diusahakan nelayan sekitar daerah itu telah diarahkan tidak menjualnya kepada orang ramai sejak 5 April lalu.

Ujarnya, kupang sedia ada dalam perairan itu tidak perlu dilupuskan, ia akan ‘neutralise’ sendiri, kecuali kupang yang sudah dituai dan dijual di pasar yang perlu dihapuskan.

“Memang projek ini mengalami kerugian amat besar sebab tidak dapat dijual ketika umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tetapi soal kesihatan dan nyawa adalah lebih penting,” katanya. – SM

(Visited 29 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button