Ekonomi

Lebihan pertama daripada PerlindunganKu Allianz4All Allianz General memanfaatkan 7 pertubuhan kebajikan

Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) telah mengagihkan lebihan pertama daripada Kumpulan Wang Peruntukan Tuntutan (CAF) PerlindunganKu Allianz4All yang memanfaatkan tujuh pertubuhan kebajikan.

Ini merupakan produk pertama kami yang distrukturkan berdasarkan Nilai Sejagat yang sejajar dengan Prinsip Kewangan Islam.

Produk PerlindunganKu Allianz4All adalah produk pertama yang dilancarkan pada 8 September 2022 dibawah siri Allianz4All Untuk Semua, yang memberikan pemegang polisi pilihan untuk memilih kategori kebajikan yang akan mendapat manfaat daripada sebarang lebihan yang terhasil daripada CAF.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022, jumlah lebihan yang boleh diagih yang dijana daripada CAF ialah RM65,534.51.

Ini mencerminkan keyakinan pasaran untuk siri produk Allianz4All bukan sahaja memberi manfaat kepada pemegang polisi tetapi juga mendorong penyertaan pemegang polisi dalam program tanggungjawab sosial korporat Syarikat dengan pemilihan kategori kebajikan yang dimahukan apabila polisi tersebut dibeli.

Lebihan CAF dibahagikan kepada Pendidikan, Orang Kurang Upaya (OKU) dan Usaha  Bantuan. Lebihan yang diraih daripada kategori “Tiada keutamaan” telah disalurkan kepada kategori Pendidikan (RM8282.02) dan OKU (RM6481.94) untuk menyamaratakan derma kepada Rakan Sosial yang terpilih.

Daripada jumlah lebihan sejumlah RM65,534.51 tersebut, sejumlah RM16,551.23 (25.26%) disalurkan kepada pendidikan, RM25,087 (38.28%) kepada OKU dan RM23,896.28 (36.46%) kepada organisasi bantuan.

Melalui cabang tanggungjawab korporatnya, Allianz4Good telah ditugaskan untuk mengenal pasti dan mengagihkan lebihan CAF kepada pertubuhan kebajikan terpilih. Buku Jalanan Chow Kit, Persatuan Pendidikan Anak Cahaya Selangor, Persatuan Orang Cacat Mental Selangor; Wilayah Persekutuan, Rumah Amal Cheshire Selangor, Persatuan Mobiliti Selangor dan Kuala Lumpur, Yayasan MyKasih dan MERCY Malaysia adalah antara badan kebajikan yang dikenal pasti yang akan menerima lebihan.

” Di Allianz, kami komited untuk mewujudkan impak positif kepada masyarakat yang melengkapkan barisan produk sedia ada menerusi penawaran produk unik Allianz4All Untuk Semua.

“Kami berusaha dalam memberikan perlindungan kepada semua lapisan masyarakat  dan terus meneroka cara-cara baru untuk berkhidmat kepada setiap segmen masyarakat,”; kata Sean Wang Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Allianz4All Untuk Semua, lawati Allianz.com.my/allianz4all. – SM

(Visited 79 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button