Nasional

TikTok tak sensitif: Nipon Sushi mohon maaf

RAKYAT Malaysia sangat pemaaf sifatnya. Rata-rata orang hina dan kemudian meminta maaf, dengan lapang dadanya kita memberi kemaafan. Kemudian aka nada lagi pihak-pihak yang biadap tampil dengan pelbagai perbuatan yang menyakitkan hati.

Selepas dikecam atau ditangkap pihak Polis, pelaku akan minta maaf dan apa lagi, kita memberi kemaafan lagi.

Terkini, francais makanan Jepun tempatan Nippon Sushi memohon maaf secara rasmi berhubung video TikTok yang dihasilkan bersama seorang pempengaruh tempatan berikutan tuduhan ia bersifat tidak sensitif budaya.

Nippon Sushi berkata, pihaknya mengambil maklum segala komen daripada orang ramai dan bagaimana kandungan yang digambarkan tidak sesuai bagi masyarakat berbilang kaum serta jenama korporatnya.

“Seribu kemaafan daripada warga pengurusan Nippon Sushi atas insiden tersebut,” katanya dalam kenyataan di Facebook.


“Nippon Sushi akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas segala kekhilafan, kesalahan dan segala salah tatacara pihak kami.

“Kami tidak berhasrat untuk mempersendakan mana-mana agama dan kaum dalam penghasilan vdeo tersebut,” jelasnya.

Video menampilkan pempengaruh tersebut ialah percubaan pertama syarikat itu menggunakan TikTok untuk mempromosikan jenamanya.

“Keterujaan kami dalam projek (video) itu menyebabkan kami terlepas pandang isu yang telah dibangkitkan. Kami akui kelemahan pihak kami,” katanya.

Tambahnya, pempengaruh terbabit juga telah tampil untuk memohon maaf berhubung perkara itu.

Video berdurasi satu minit tiga saat yang dihasilkan di sebuah cawangan Nippon Sushi itu menunjukkan “Ceo Batu” mempersendakan Bahasa Jepun dengan menggunakan nama beberapa jenama popular membentuk sebuah ayat.

Selain turut melekatkan pita di tepi matanya supaya kelihatan sepet, pempengaruh itu dilihat mencampakkan chopstick yang cuba digunakannya dan menikmati sushi menggunakan tangan.

Video itu disiarkan di akaun media sosial rasmi syarikat itu tetapi telah diturunkan susulan tindak balas orang ramai. Video itu masih disiarkan di akaun TikTok “Ceo Batu” dan telah ditonton lebih 460,000 kali. – SM

(Visited 161 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button