Ekonomi

Tiket tren, ETS perjalanan 1 – 14 Julai mula dijual hari ini

HARI ini, semua sudah boleh beli tiket tren elektrik untuk ke utara tanah air kerana Tiket Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KTM Antarabandar bagi perjalanan 1 hingga 14 Julai akan dibuka untuk jualan mulai Khamis.

Ini adalah berita gembira tetapi janganlah terlalu gembira sehingga terlupa normal baharu yang dipupuk sebagai budaya kehidupan rakyat Malaysia selepas tempoh hibernisasi Covid-19.

KTMB Lancar 'Koc Business Class' Dilengkapi 'In-Train ...

 

 

Selama perintah larangan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 18 Mac, rata-rata rakyat Malaysia patuh dengan arahan, walaupun ada segelintir golongan yang ingkar.

Ini termasuk menahan perasaan untuk pulang ke kampung atau berjalan-jalan ke destinasi pelancongan walaupun PKP yang diwartakan, digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PPKB) dan sekarang, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu hantaran di laman Twitter rasminya menyatakan, jadual waktu sedia ada masih dikekalkan dengan tambahan enam lagi perkhidmatan ETS pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula esok (Jumaat) ini.

“Anda (pengguna) dinasihatkan membuat pembelian tiket menerusi www.ktmb.com.my atau aplikasi KTMB MobTicket,” menurut kenyataan itu.

Bagi pelanggan yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, boleh melayari laman sesawang yang sama atau menghubungi pusat panggilan KTMB di 03-22671200 atau e-mel ke [email protected]. – SM

(Visited 677 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button