Nasional

Doa Ebit Lew buat Tun M

MEMANG sebak melihat bagaimana Tun Hasmah Ali memeluk erat Tun Dr. Mahathir sebagai penghargaan pengorbanan selama ini kepada keluarga dan negara.

Walaupun kekok dipeluk di khalayak ramai, tetapi akhirnya Dr. Mahathir membiarkan dirinya dipeluk erat oleh isterinya.

Pada usia lanjut 94 tahun boleh saja duduk di rumah dan dikelilingi isteri, anak dan cucu, tetapi beliau memilih untuk terus berkhidmat kepada negara.

Justeru pendakwah Ebit Lew turut terharu dengan pengorbanan Dr. Mahathir dan mendoakan Allah memberi kerahmatan dan kebahagian bagi Dr. Mahathir sekeluarga.

Ebit turut melahirkan rasa kagum bagaimana hubungan pasangan berkenaan kekal mesra dan bahagia hingga ke usia lanjut.

Beliau juga berdoa supaya hati semua rakyat negara ini disatukan dan negara ini terus diberkati.- SM

 

https://www.facebook.com/TunDrMahathir/videos/2753703354677490/?t=53

(Visited 253 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button