Politik

Annuar akan saman Kit Siang

Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa berkata beliau akan menyaman Tan Sri Lim Kit Siang kerana mencemar nama baik beliau selaku ahli politik.

Annuar berkata pemimpin DAP itu menuduh beliau membuat tuduhan liar sejak menyertai PAS.

Tambah Annuar, beliau tidak membenarkan dirinya dibuli oleh pemimpin DAP.

Sebelum ini beliau mencabar pemimpin veteran DAP itu segera mengambil tindakan saman terhadapnya susulan kenyataan beliau mengaitkan parti dan bekas pemimpinnya itu dengan tragedi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Annuar berkata, walaupun Kit Siang mahu mengambil tindakan tersebut namun beliau akan mengulangi dakwaan tersebut sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Kit Siang kata nak saman ambo (saya). Tolong kirim salam. Dia (Kit Siang) silap orang pilih nak saman, ambo minta Kit Siang percepat proses menyaman saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jelajah Mega PN Best, Himpunan Teguh Pertahan Terengganu di Dataran Jambatan Angkat.

Program tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan turut hadir Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Pada masa sama, menurut Annuar, beliau juga mempunyai banyak bukti untuk dikemukakan dalam mahkamah sekiranya Kit Siang mengambil tindakan saman terhadapnya.

“Saya ada banyak lagi bahan (berkaitan DAP) untuk saya kemukakan bila saya disaman,” ujarnya.

Annuar dalam pada itu dalam hantaran ke media sosial berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersetuju bahawa kepimpinan parti itu untuk terus mengadakan interaksi dengan para pemimpin masyarakat bukan Islam bagi menjelaskan dasar parti berkenaan bagi mengelakkan kekeliruan yang berlaku pada masa ini.

(Visited 336 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button