NasionalPolitik

Altimet menang DUN Lembah Jaya

SYED AHMAD atau dikenali sebagai Altimet di pentas hiburan tanah air menang kerusi DUN Lembah Jaya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Sharifah Haslizah Syed Ariffin.

Altimet bertanding di bawah Pakatan Harapan (PH) menzahirkan rasa gembira dan berterima kasih kepada pengundi di Lembah Jaya yang mengundi beliau untuk bergelar Yang Berhormat (YB) dan berkhidmat kepada penduduk kawasan.

Berikut kenyataan penuh Altimet:

Saya amat berterima kasih kepada semua pengundi-pengundi Lembah Jaya yang menjadi pembakar semangat untuk saya terus berkhidmat dan berbangga menjadi sebahagian daripada Lembah Jaya.

Selepas ini, tiada lagi perbezaan antara parti kerana saya akan berkhidmat untuk semua masyarakat Lembah Jaya.

Saya akan segera memulakan tugas seawal pagi Subuh esok bersama jemaah di masjid.

Saya ucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya atau SPR dan Majlis Perbandaran Ampang serta pihak PDRM yang menjadikan proses pengundian teratur.

Kepada rakan-rakan jentera tidak kira Pakatan Harapan mahupun Barisan Nasional, hormat saya kepada anda amat tinggi, saya sanjung kerja keras mereka selama tempoh berkempen ini.

Saya berkeyakinan, Kerajaan Perpaduan akan membalas jasa-jasa pengundi yang begitu besar jiwanya di Lembah Jaya ini.

Syed Ahmad @ Altimet
Yang Berkhidmat di Lembah Jaya

(Visited 142 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button