Mahkamah

Tiga peniaga mengaku tidak bersalah

Tiga peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi menuntut insentif Program Penjana Kerjaya 2.0 berjumlah RM108,900 daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Kesemua tertuduh, Mohd. Fahmi Fikri Mohd. Nor, 29; Kamaruddin Ab. Kadir, 57, dan Darus [email protected], 49, membuat pengakuan tersebut terhadap tiga pertuduhan berasingan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Fahmi Fikri didakwa mengemukakan butiran palsu atas nama Perusahaan Arrizqi 46 Enterprise melibatkan senarai nama pekerja tidak wujud untuk menuntut insentif berjumlah RM38,700 di bawah Program Penjana 2.0 Perkeso.

Kamaruddin juga didakwa atas kesalahan sama dengan mengemukakan butir nama pekerja baharu yang bukan pekerja atas nama Perusahaan Syafi Muhjah TC melibatkan tuntuan berjumlah RM23,800.

Darus yang juga pemilik syarikat DJ Warisan Enterprise turut berdepan dakwaan sama membabitkan jumlah RM46,400.


Kesalahan itu dilakukan ketiga-tiga tertuduh di Pejabat Perkeso Melaka antara 9 Mac 2021 hingga 29 Mei 2021.

Kesemua kesalahan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 itu dikesan dilakukan semua tertuduh di Pejabat Perkeso negeri Melaka antara 9 Mac 2021 hingga 29 Mei 2021.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih daripada 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai butir matan palsu itu atau RM10,000 mengikut mana-mana nilai lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Irwanshah Abdul Samat mencadangkan jaminan RM10,000 kepada Mohd. Fahmi Fikri dan Kamaruddin, manakala RM15,000 terhadap Darus selepas mengambil kira nilai tuntutan dibuat.

Pendakwaan turut memohon syarat tambahan iaitu pasport kesemua tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri setiap bulan di pejabat SPRM sehingga kes selesai.

Mahkamah kemudian membenarkan Mohd. Fahmi Fikri dan Kamaruddin diikat jamin RM8,000 manakala Darus dengan jumlah RM10,000.

Mahkamah turut membenarkan kesemua syarat tambahan selain dan menetapkan 17 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen. – SM

(Visited 36 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button