Politik
Trending

‘Perintah darurat sebab PM hilang sokongan majoriti’

‘KENCANG’ berita mendakwa kemungkian pengisytiharan darurat akan dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada malam ini.

Hal demikian susulan Ahli Parlimen Pagoh itu bergegas ke Kuantan Pahang bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong pada pukul 5 petang tadi.

Beliau dikatakan menghadap Tuanku bagi mendapatkan perkenan dan kuasa untuk mengisytiharkan darurat susulan penularan wabak pandemik Koronavirus (Covid-19) memasuki gelombang ketiga.

Bagaimanapun, terdapat dakwaan lain mengatakan permohonan perintah tersebut susulan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) kehilangan majoriti dalam Parlimen.

Perkara itu dapat dilihat menerusi jangkaan terhadap pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021 yang akan dibentang di Dewan Rakyat pada 6 November nanti.

Namun, ramai penganalisis dan pemimpin politik beranggapan kelulusan Belanjawan 2021 akan terganggu berikutan Muhyiddin dikatakan kehilangan sokongan daripada anggota Dewan Rakyat.

“Muhiyiddin yang telah menerima hakikat kehilangan majoriti di Parlimen akan mengadap Tuanku jam 5.00 petang ini dan dijangka akan mohon Pembubaran Parlimen dan untuk istihar ‘Darurat Pentadbiran’.”

Demikian kenyataan Presiden Pertubuhan Laskar Siber Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik dalam Facebooknya hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menjalankan Misi Kemanusiaan Laskar Siber Malaysia yang dimulakan semula di Rawang, Selangor melibatkan pemberian bantuan kepada 20 keluarga di sana.

Terdahulu, Muhyiddin mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet di Bangunan  Putra Perdana, Putrajaya pagi tadi.

Selain anggota Jemaah Menteri, beberapa pegawai termasuk agensi dalam Majlis Keselamatan Negara, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Selain itu, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, turut hadir dalam mesyuarat tersebut sebelum Muhyiddin dikatakan bergegas ke Kuantan.

Dalam pada itu, Lokman menggesa kerajaan memikirkan nasib 2.4 juta rakyat Malaysia yang dikatakan akan hilang pekerjaan dan berharap Tuanku akan melantik Perdana Menteri Interim.

“Esok lusa, kita kena fikir nasib 2.4 juta rakyat yang telah dan bakal hilang pekerjaan.

“Harap Tuanku Yang di-Pertuan Agong lantik Perdana Menteri interim. Kita fokus selamatkan rakyat daripada selamatkan Muhiyiddin,” katanya.

Sebelum ini, Suara Merdeka melaporkan berita saranan pelaksanaan perintah darurat banyak dimainkan oleh akbar tempatan.

Ia susulan negara berhadapan krisis penularan wabak Covid-19 dan perebutan kuasa susulan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Muhyiddin sudahpun kehilangan sokongan Ahli Parlimen.

Kedua-dua masalah tersebut memberi impak dan mencetuskan krisis ketiga iaitu ekonomi. – SM

(Visited 185 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button