Nasional

Tiga menteri Kabinet positif Covid-19

TIGA orang menteri Kabinet disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan hari ini.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba ketika mengumumkan perkara itu tidak mendedahkan nama menteri terbabit.

Pengesahan itu dibuat selepas semua anggota Kabinet telah menjalani ujian saringan itu hari ini selepas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun merupakan menteri ketiga positif Covid-19.

“Semua yang kita uruskan untuk buat saringan COVID-19 telah dilakukan dan kita akan beri rawatan kepada tiga jemaah menteri yang disahkan positif COVID-19,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2021 Kementerian Kesihatan di Putrajaya hari ini.

Ditanya sama ada menteri Kabinet yang negatif akan menjalani kuarantin, Dr Adham berkata KKM akan membuat penilaian risiko terhadap anggota jemaah menteri sebelum mengeluarkan apa-apa arahan.

“Penilaian risiko akan dibuat oleh KKM bagi memastikan sama ada mereka ini perlu kuarantin atau tidak,” katanya. – SM

(Visited 194 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button