Nasional

Kanak-kanak bawah 12 tahun dapat vaksin tahun depan

PEMBERIAN vaksin Covid-19 keluaran Pfizer BioNTech akan diberikan kepada kanak-kanak 12 tahun kebawah bermula pada tahun 2022.

Menurut laporan BERNAMA, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan hanya vaksin tersebut yang tersedia untuk kegunaan kanak-kanak bawah 12 tahun.

Perkara tersebut sedang menunggu kelulusan regulatori daripada Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.

“Pihak Pfizer dijangkan akan mengeluarkan data berkaitan pendaftaran penggunaan vaksin tersebut untuk kanak-kanak 12 tahun kebawah pada hujung tahun ini kepada Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk penilaian dan kelulusan pendaftaran,” menurut KKM.

KKM turut menyatakan bahawa kerajaan kini dalam proses mendapatkan vaksin Pfizer BioNTech untuk kegunaan imunisasi bagi golongan itu kerana formulasi yang digunakan berbeza dengan populasi dewasa tertakluk kepada kelulusan NPRA dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

“Dijangka seramai 5.9 juta kanak-kanak akan divaksinasi yang melibatkan anggaran keperluan vaksin sebanyak 11.8 juta dos,” menurutnya. -SM

(Visited 107 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button