NasionalUncategorized

Tiga lori bantuan Ebit Lew diarah berpatah balik

TIGA buah lori yang membawa barangan bantuan daripada pendakwah bebas Ebit Lew telah diarah berpatah balik ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di Bentong, Pahang.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar lori bantuan berkenaan tidak mempunyai dokumen kebenaran untuk merentas negari.

Lori seberat tiga tan yang sarat membawa barangan muatan bagi misi kemanusiaan Ebit ke Pantai Timur itu tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Saya sahkan memang lori mereka diarah untuk berpatah balik kerana tiada sebarang dokumen bagi tujuan berkenaan. Lori itu pun sebenarnya disewa dengan pemandu diberitahu untuk ke Kuantan, Terengganu serta Kelantan.

“Tiada isu besar pun kerana kesemua mereka akur dengan arahan dan berpatah balik. Setakat ini pun tiada sesiapa daripada pihak Ebit berhubung dengan Polis Bentong.

“Mereka hanya diarah untuk berpatah balik, tiada kompaun dikenakan,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.

Dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, lori yang masing-masing dibawa seorang pemandu itu dalam perjalanan ke Kuantan, Terengganu dan Kelantan.

Mengulas lanjut, Zaiham turut menasihatkan mana-mana NGO atau orang perseorangan yang terlibat dalam apa sahaja misi kemanusiaan supaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Beliau berkata, perkara itu penting bagi mengelakkan berlakunya kesulitan dalam misi kemanusiaan berkenaan.-SM

(Visited 805 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button