Hiburan

Tak perlu pakai tudung luar waktu bekerja, yang penting jadi diri sendiri – Diyla

Pembantu peribadi kepada usahawan kosmetik kontroversi Datuk Seri Vida, Diyla yang baru sahaja menjejakkan diri dalam bidang nyanyian mengaku dia hanya memakai tudung semasa waktu bekerja sahaja.

Diyla yang tampil dengan single pertama bersama TikTokers terkenal, Faiz Aizif berjudul ‘Khilaf’ itu berkata, lagu itu adalah mengenai dirinya dan dia memakai tudung semasa bekerja bukan kerana Allah SWT.

“Sebenarnya di luar saya memang tidak pakai tudung. Saya hanya pakai tudung apabila bekerja sahaja. Itu pun disebabkan saya cuma menjaga nama baik Datuk Seri Vida.

“Maka menerusi lagu ‘Khilaf’ ini, saya bebas menjadi diri sendiri selain mahu mencontohi Datuk Seri Vida yang begitu berani untuk mencuba sesuatu yang unik dalam bidang nyanyian,” katanya.

Jelas Diyla yang sudah pun bekerja dengan Datuk Seri Vida dalam tempoh 12 tahun, minat untuk menceburi bidang nyanyian sejak dahulu lagi membuatkan dia nekad untuk tampilkan dalam masyarakat.

(Visited 420 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button