NasionalPenyakit

Kes Covid-19 turun 21 peratus minggu lalu

BILANGAN kes baharu Covid-19 pada minggu epidemiologi kedua atau 8 hingga 14 Januari merekodkan penurunan 21.9% dengan 2,525 jangkitan berbanding 3,231, minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dalam tempoh itu bilangan kes tempatan menunjukkan penurunan 22.3% iaitu daripada 3,213 kes kepada 2,497 kes.

“Bilangan kes import pula meningkat sebanyak 55.6% iaitu 18 kes kepada 28 kes,” katanya dalam satu kenyataan berhubung situasi semasa jangkitan Covid-19.

Beliau berkata, bagaimanapun bilangan kes kematian meningkat 61.9% iaitu 34 kes pada minggu itu berbanding 21 minggu sebelumnya.

“Purata kes aktif setiap hari bagi minggu lalu menurun sebanyak 3.3% iaitu (11,278 kes kepada 10,901 kes),” katanya yang turut memaklumkan purata nilai kadar kebolehjangkitan (RT) direkodkan pula ialah 0.89 pada minggu berkenaan, “ katanya. – SM

(Visited 91 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button