Nasional

Pelajar UPSI Johan Pertandingan Busking Kempen Jalur Gemilang MPAJ

Empat anak muda yang juga pelajar Diploma Muzik, Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP), Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI) menjuarai Pertandingan Busking Kempen Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kebangsaan ke-65.

Naib Canselor , Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff menganggap kemenangan itu sebagai hadiah untuk UPSI yang sedang menyambut ulang tahun ke -100 bermuda zaman Sultan Idris Training College( SITC) Yang ditubuhkan pada 29 November 1922.

Kumpulan 16 Project sedang membuat persembahan.

“Saya gembira dengan kemenangan mereka ini dan sememangnya FMSP banyak melahirkan graduan muzik dan seni persembahan berbakat yang bakal menjadi pendidik di sekolah seluruh negara, ” katanya.

Bagi Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Mohd Azam Sulong atau Azam Dungun menganggap komitmen mereka atas semangat patriotisme yang tinggi selain mempersembahkan bakat yang dimiliki.

Pertandingan anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Selangor yang berlangsung di Ampang Point itu, katanya, menjadi gelanggang buat Syahrell Ruzaimi Abdullah ,
Charlie Chee , Redley Albert serta
E.D.Shazry Aman beraksi atas nama kumpulan 16 Project.

Lagu “Aku Negaraku” dan “Mentera Semerah Padi ” membawa kemenangan kepada kumpulan Project 16 dari UPSI.

Mereka muncul juara dengan menampilkan lagu bertuah “Aku Negaraku” dan “Mentera Semerah Padi ” untuk menewaskan 16 kumpulan lain.

Katanya, mereka yang berjaya meraih hadiah wang tunai RM1000 itu memiliki komitmen yang tinggi dan tekun membuat latihan di fakulti sebelum menyertai pertandingan.

 

(Visited 366 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button