Nasional

Covid-19 telah ragut nyawa 3 beranak, 8 jemaah dan kluster tabligh

COVID-19 menjadi detik hitam bagi sebuah keluarga di Sarawak apabila seorang ibu, anak perempuan dan anak lelakinya meninggal dunia akibat virus maut tersebut.

Wanita warganegara Malaysia berusia 79 tahun yang merupakan kes ke-1031 meninggal dunia pada 21 Mac lalu. Dia telah dimasukkan ke Borneo Medical Centre pada 16 Mac setelah mengalami demam dan batuk selama 5 hari.

Anak perempuannya yang merupakan kes ke-1032 dan berusia 40 tahun meninggal dunia pada hari sama wanita tersebut meninggal dunia. Dia dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 18 Mac 2020 setelah mengalami demam dan batuk sejak 7 Mac 2020.

Anak lelaki wanita tersebut yang berusia 49 tahun pula meninggal dunia hari ini. Allahyarham yang merupakan kes jangkitan ke-1031 telah dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Sehingga hari ini Covid-19 telah meragut 14 nyawa rakyat Malaysia. Lapan daripada kes tersebut melibatkan jemaah tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling dan kontak rapat jemaah tabligh tersebut.

Kes kematian jemaah tabligh yang pertama direkodkan pada 17 Mac lalu melibatkan lelaki berusia 34 tahun. Beliau mula mengalami gejala demam mulai 5 Mac 2020. Beliau mendapat rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru pada 12 Mac 2020 setelah dikesan positif Covid-19.

Pada 20 Mac dua lagi kematian melibatkan kluster jemaah tabligh iaitu kematian ketiga dan keempat. Kematian ketiga melibatkan lelaki berusia 58 tahun dan merupakan kes jangkitan ke-152.

Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac dengan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection. Beliau telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama.

Kematian keempat pula merupakan seorang lelaki berusia 50 tahun. Mangsa dimasukkan ke hospital pada 12 Mac dengan gejala Severe Acute Respiratory Infection.

Pada 21 Mac dua lagi kematian melibatkan kluster jemaah tabligh iaitu kematian ketujuh dan kelapan. Kematian ketujuh yang merupakan kes-290 melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 57 tahun.

Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan kontak dengan kes positif Covid-19 dari kluster tabligh. Lelaki itu dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam.

Kematian kelapan pula melibatkan lelaki berusia 69 tahun. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 16 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam sejak 12 Mac 2020. Lelaki tersebut telah dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada 18 Mac 2020 setelah didapati keadaan kesihatan merosot

Pada 22 Mac satu kematian melibatkan kluster tabligh iaitu kes kematian kesepuluh yang merupakan seorang lelaki berusia 74 rahun. Beliau dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 13 Mac 2020 setelah mengalami simtom pada 8 Mac.

Hari ini dua lagi kematian melibatkan kluster tabligh. Kematian kedua belas melibatkan lelaki berusia 70 tahun itu merupakan kes jangkitan ke-1114 dan dirawat di Hospital Kluang.

Seorang lagi mangsa merupakan wanita berusia 51 tahun dan merupakan kes-595. Beliau merupakan kontak rapat dengan kes positif Covid-19 dari kluster tabligh dan dirawat di Hospital Miri.-SM

(Visited 182 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button