fbpx
Nasional

Tiga daripada lima rakyat tertipu dengan kelajuan internet dijanjikan telco

TIGA daripada lima rakyat tidak mendapat kelajuan internet seperti yang dijanjikan syarikat telekomunikasi.

Maklumat itu dikeluarkan selepas satu bancian dari Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) dilakukan di seluruh negara baru-baru ini.

Pengerusi CFM, Mohana Mohariff berkata, hasil bancian menunjukkan ramai pengguna tidak berpuas hati dengan kualiti kelajuan internet mereka yang tidak sama seperti dijanjikan oleh Telco.

“Kita dapati kebanyakan responden mempunyai lebih daripada satu isu perkhidmatan telekomunikasi termasuk kualiti liputan rangkaian di dalam rumah dan tiada sebarang penambahbaikan ketara terhadap masalah aduan dilaporkan.

“Isu ini tidak sepatutnya berlaku kerana telco telah bersetuju untuk memberi perkhidmatan seperti yang telah dijanjikan kepada pengguna yang melanggan,” katanya.


Menurut Mohana, bancian tersebut dilakukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan ketika semua orang bergantung kepada sambungan internet untuk berhubung dan bekerja dari rumah.

Jelasnya, pihaknya kini sedang dalam proses meminda untuk memperkukuh kod industri (GCC) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memastikan hak pengguna dilindungi.

“Antara perkara yang akan diperkemas dalam GCC ialah terma dan syarat kontrak perkhidmatan,
pemberian ringkasan maklumat perkhidmatan, dan pengguna bekeperluan khas.

“Kita sentiasa menyarankan pengguna untuk melaporkan aduan kepada telco masing-masing dengan menyertakan maklumat terperinci mengenai masalah yang dihadapi,” jelasnya.

Ujarnya lagi, jika masalah tersebut masih tidak diselesaikan, laporkan kepada CFM melalui portal aduan bersepadu bersama MCMC di https://aduan.skmm.gov.my/.

Tambahnya, pengguna juga boleh merujuk beberapa kaedah yang boleh membantu menyelesaikan kelajuan internet yang perlahan dengan merujuk portal CFM di http://www.consumerinfo.my/basic-faq-how-to-troubleshoot-your-wi-fi-network/. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button