Hiburan

Filem ‘House Of Gucci’ penghinaan buat keluarga Gucci

FILEM House Of Gucci arahan Ridley Scott yang dibintangi oleh Lady Gaga, Adam Driver dan Al Pacino mendapat kritikan daripada keluarga Gucci yang tidak gembira dengan cara keluarga mereka digambarkan dalam filem tersebut.

Filem itu yang mengisahkan pembunuhan keturunan keluarga Maurizio Gucci, yang ditembak mati pada 1995 di pejabatnya di Milan oleh seorang pembunuh upahan yang diupah oleh isterinya, Patrizia Reggiani sudah mula ditayangkan pada minggu lalu di pawagam seluruh dunia.

Dalam temu bual dengan Reuters baru-baru ini, Jeremy Irons, yang memegang watak bapa Rodolfo Gucci berkata, cerita itu sangat menarik dan sukar untuk ditolak.

Jeremy turut mengambarkan keluarga Gucci sebagai seorang yang berani, gila dan ‘sangat Itali’.

Namun, anak kepada pengasas syarikat Guccio Gucci, tidak bersetuju dengan kenyataan pelakon tersebut.

“Walaupun dakwaan menyatakan karya tersebut bertujuan untuk menceritakan ‘kisah sebenar’ keluarga, namun filem itu menyampaikan naratif yang tidak tepat,” kata mereka dalam satu kenyataan.

“Penerbitan filem tersebut tidak berunding dengan waris sebelum menyifatkan Aldo Gucci iaitu presiden syarikat selama 30 tahun dan ahli keluarga Gucci sebagai samseng yang jahil dan tidak peka dengan dunia sekeliling mereka.

“Perkara ini amat menyakitkan dari sudut pandangan manusia dan penghinaan terhadap legasi di mana jenama itu dibina hari ini.”

Kemudian, keluarga Gucci turut menyatakan watak Patrizia Reggiani yang dilakonkan oleh Lady Gaga tidak digambarkan secara benar.

“Kami sangat marah kerana dalam filem tersebut menggambarkan Patrizia Reggiani sebagai mangsa yang berjuang untuk bertahan dalam budaya korporat yang maskulin dan macho.

“Sedangkan di dunia nyata, Patrizia disabitkan bersalah kerana mengupah seorang pembunuh upahan untuk membunuh suaminya Maurizio Gucci,” katanya.

Keluarga Gucci turut berkata mereka sangat menghormati karya nenek moyang mereka dan kenangan tersebut tidak patut dicemari oleh filem yang tidak menggambarkan watak protagonisnya dengan betul.-SM

(Visited 454 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button